Kajian ini bertujuan untuk menerokai proses pengimbuhan Bahasa Dusun yang digunakan di Kampung Bebuloh Brunei Darussalam. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini bagi pengumpulan rakaman audio sesi temuduga dan analisis data lapangan. Data yang telah disaring akan dianalisis menggunakan teori struktural (Bloomfield, 1933). Menerusi analisis kajian, didapati sebanyak lima proses morfofonemik iaitu perubahan fonem, penambahan fonem, hilang fonem, pergeseran fonem dan peluluhan fonem. Bagi proses pengimbuhan pula, didapati 23 imbuhan awalan, lima imbuhan akhiran, satu apitan, satu sisipan dan ditemui juga, proses baharu iaitu kata kala lampau dan penggantian fonem. Selain itu, ditemui beberapa kesalahan dalam pertuturan bahasa Dusun, seperti imbuhan bahasa Dusun digunakan pada kosa kata bahasa Melayu Standard dan dialek Melayu Brunei dan terdapat juga salah penggunaan imbuhan bahasa Dusun. Temuan kajian ini sangat penting kerana untuk mengesan kekurangan golongan penutur yang fasih dalam berbahasa Dusun. Hal Ini disebabkan tidak ramai lagi penutur asli bahasa Dusun yang dijumpai adapun penutur bahasa Dusun sudah tentu bahasa penutur tersebut bercampur dengan bahasa asing ataupun bahasa Melayu Brunei. The Analysis Morphophonemic and Affixation Process in the Dusun Language of Bebuloh Village, Brunei Darussalam Abstract This study examines the affixation process in the Dusun language as spoken in Kampung Bebuloh, Brunei Darussalam. Qualitative methods have been employed for data collection, involving audio recordings of interview sessions and subsequent analysis of field data. The filtered data will undergo examination utilizing structural theory (Bloomfield, 1933). The study identified five morphophonemic processes: phoneme changes, phoneme additions, phoneme loss, phoneme shifts, and phoneme weakening. There are 23 prefix affixes, five suffix affixes, one infix, one epenthesis, and a new process that involves past tense markers and phoneme replacement that were found for affixation processes. Also, the study found some things that could have been improved in the way people spoke the Dusun language. These included using Dusun language affixes in Standard Malay vocabulary and the Brunei Malay dialect, as well as using Dusun language affixes in the wrong way. The findings of this research are significant as they highlight the scarcity of proficient Dusun language speakers, a consequence of the declining number of native Dusun language speakers. Dusun language speakers often exhibit influence from foreign languages or Brunei Malay.
Copyrights © 2023