Kemahiran komunikasi seseorang itu sangat penting memandangkan manusia merupakan makhluk sosial dan memerlukan komunikasi bagi melengkapi kehidupan sehari-hari. Mutakhir ini, perkembangan teknologi semakin meningkat dan berkembang pesat ke dalam kehidupan masyarakat. Hampir keseluruhan aktiviti harian yang dijalankan tidak terlepas dari penggunaan teknologi, bermula dari semudah memesan makanan sehingga ke pekerjaan dan pembelajaran. Apalagi dalam bidang politik yang juga tidak terlepas dalam memanfaatkan perkembangan teknologi yang ada. Bidang politik ini merupakan medium yang penting dalam hubungan masyarakat dengan kerajaan sehingga adanya konsep solidariti. Perkara ini disebabkan bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam bermasyarakat. Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat untuk meneliti takrif, kepelbagaian ciri, dan peranan penggunaan retorik berlandaskan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Selain itu, untuk menelaah penanda-penanda dalam bentuk pemilihan perkataan dan aspek kebahasaan serta mengkategorikan penggunaan retorik yang dimuatkan dalam pengucapan ahli politik Yang Berhormat (YB) Syed Saddiq dalam platform Tiktok. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatiaan terhadap video yang berkisar mengenai bidang politik yang disampaikan oleh YB Syed Saddiq dalam akaun rasmi Tiktok beliau dengan memanfaatkan Teori Retorik Moden oleh Enos dan Brown (1993). Selain itu, data kajian ini menumpukan kepada tujuh belas buah video Tiktok YB Syed Saddiq semasa berkempen bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia yang ke 15. Berdasarkan analisis dan perbincangan yang telah dijalankan, kajian ini mendapati empat dari lima jenis retorik moden ditemui dalam pengucapan politik YB Syed Saddiq, iaitu retorik pendedahan sebanyak 50.7 peratus, retorik pemujukan 24.6 peratus, retorik penerangan 15.2 peratus dan retorik penghujahan sebanyak 9.4 peratus. Kesemua jenis retorik ini telah dikenal pasti melalui penanda tertentu, seperti penggunaan kata pemeri, kata sendi nama, kata seru, dan penggunaan segmen agama. The Use of Rhetoric in the Speech of Malaysian Member of Parliament Syed Saddiq during the 15th Malaysian General Election (GE) Abstract Communication skills are very important considering that humans are social creatures and need communication to complete their daily lives. Lately, the development of technologies is increasing and proliferating in human life. Almost all daily activities are not separated from the use of technology outset from as simple as ordering food until comes to work and study. Thus, the political field is also not exempt from taking advantage of the available technological developments. This political field becomes an important medium in the relationship between the community and the government so that it emerges the concept of unity. The reason is to ensure harmony and well-being in a country. So this study intends to study the definition, variety of characteristics, and role of using rhetoric based on Modern Rhetoric Theory by Enos and Brown (1993). Other than that, to examine the markers in the form of word selection and linguistic aspect as well as categorize the use of rhetoric contained in YB Syed Saddiq's political speech on the Tiktok platform. This study uses the bibliographic methodology and observational methods on videos that revolve around the political field presented by YB Syed Saddiq in his official Tiktok account by utilizing Modern Rhetorical Theory by Enos and Brown (1993). In addition, the data of this study focused on seventeen Tiktok videos of YB Syed Saddiq while campaigning for the 15th Malaysian General Election (GE). Based on the analysis and discussion that has been carried out, this study found only four out of five types of rhetoric that were used in YB Syed Saddiq's political speech, namely exposure rhetoric of 50.7 percent, persuasion rhetoric of 24.6 percent, explanation rhetoric of 15.2 percent, and argumentative rhetoric of 9.4 percent. These types of rhetoric have been identified through certain markers, such as the use of adjectives, noun phrases, exclamations, and the use of religious segments.
Copyrights © 2023