International Journal of Linguistics and Indigenous Culture
Vol. 2 No. 1 (2024): March

Evolusi Fonologi Bahasa Melayu Brunei




Article Info

Publish Date
31 Mar 2024

Abstract

Kajian ini adalah sebuah kajian terhadap perkembangan bahasa Melayu Brunei, khususnya dalam bidang fonologi. Ia adalah salah satu bahasa yang dituturkan di Negara Brunei Darussalam. Menurut Simanjuntak (1988), bahasa Melayu yang dituturkan di Negara Brunei Darussalam ada dua, iaitu bahasa Melayu Standard Brunei dan bahasa Melayu Dialek Brunei. Kajian-kajian sebelumnya mendapati bahawa vokal dalam bahasa Melayu Brunei terdiri daripada bunyi /a, i/ u/ (Asmah, 1985 dan Fatimah Awang Chuchu, 1987). Kemudian, terdapat berlainan sistem mengenai konsonannya. Sehubungan dengan itu, kajian bertujuan untuk menganalisis evolusi fonologi dalam bahasa Melayu Brunei. Tambahan lagi, kajian-kajian terdahulu juga kurang menyentuh mengenai rangkap vokal, diftong, pengguguran, dan penyisipan. Sehubungan dengan itu, kajian akan memanfaatkan data-data berbentuk dokumentasi. Selain itu, signifikannya kajian ini kerana ia merupakan salah satu bukti tertulis terhadap perkembangan bahasa Melayu Brunei sejajar dengan pencapaian, kemajuan dan pemodenan negara. Hasil kajian didapati bahawa bahasa Melayu Brunei telah berkembang menjadi bahasa Melayu sistem enam vokal dengan penambahan vokal /e, ?, o/. Manakala, ada 19 konsonan kesemuanya dengan penambahan konsonan /q, z/. Rangkap vokal pula ada enam kesemuanya, iaitu / ai, au, ia, iu, ua, ui/. Seterusnya, ada tiga diftong; tiga ialah /ai, au/ dan satu penambahan, /oi/. Kemudian, pengguguran yang konsisten ditemui ialah pengguguran konsonan /h/ di awal kata dalam data Perambahan Brunei. Terakhir, ada dua jenis penyisipan, iaitu penyisipan /?/ dan penyisipan /?/. The Evolution of Brunei Malay’s Phonology Abstract This is a research on Brunei Malay language specifically in the field of phonology. Brunei Malay is one of the languages spoken in Brunei Darussalam. Simanjuntak (1988) stated that there are two Malay languages used in Brunei Darussalam; Brunei Malay Standard and Brunei Malay Dialect. Previous researches found that the vocals in Brunei Malay are /a, i, u/ (Asmah, 1985 and Fatimah Awang Chuchu, 1987). Then, there are different systems on its consonants. Therefore, this study is to analyze the phonological evolution of Brunei Malay. Additionally, researches made before also touch less about vocal clusters, diphthongs, deletion, and addition. Therefore, this study will benefit from documentations as data. The significant of this study is that it is one of the written prove of the evolution on Brunei Malay alongside with the achievements, developments and modernization of the country. The study found that Brunei’s Malay has evolved into a Malay language of six vocal system with addition of vocals /e, ?, o/. Moreover, there are 19 consonants altogether with addition of consonants /q, z/. There are six vocal clusters, namely /ai, au, ia, iu, ua, ui/. Next, there are three diphthongs; three of are /ai, au/ and one addition is /oi/. Then, one consistent deletion found which is deletion of consonant /h/ placed in front of the word in Perambahan Brunei’s data. Lastly, there are two types of addition, which are addition of /?/ and addition of /?/.

Copyrights © 2024






Journal Info

Abbrev

ijlic

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Library & Information Science Social Sciences Other

Description

International Journal of Linguistics and Indigenous Culture (IJLIC) explores and contributes to the field of linguistics, with a specific emphasis on indigenous languages and cultures worldwide. The journal aims to publish research articles, scholarly papers, and studies that delve into various ...