International Journal of Linguistics and Indigenous Culture
Vol. 3 No. 2 (2025): July

Analisis Terhadap Corak Ayat Perintah dalam Titah Belia 2019 - 2024: Kajian Ayat Perintah Nyata dan Tidak Nyata




Article Info

Publish Date
31 Jul 2025

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada analisis ayat perintah dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, khususnya tentang belia dalam tempoh lima tahun kebelakangan (2019 – 2024). Dengan menggunakan kaedah kualitatif analisis teks, kajian ini meneliti jenis dan corak ayat perintah yang nyata mahupun tidak nyata dalam titah diraja kepada golongan belia. Berlandaskan Teori Speech Act (Austin, 1962) atau Tindak Tutur merupakan salah satu pendekatan dalam bidang pragmatik yang meneliti bagaimana ujaran bukan sekadar menyampaikan maklumat tetapi juga berfungsi sebagai satu bentuk tindakan. Analisis ini memberi perhatian kepada struktur, fungsi, dan kehalusan ayat dalam titah KDYMM, yang bukan sahaja menyampaikan arahan tetapi juga nilai-nilai murni dan wawasan negara. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan ayat perintah yang nyata dan tidak nyata, mencerminkan kebijaksanaan KDYMM dalam memberi inspirasi dan mendorong golongan belia untuk memainkan peranan sebagai pemacu utama pembangunan negara. Hasil kajian ini bukan sahaja memperkaya bidang pengajian bahasa tetapi juga memberikan sumbangan bermakna dalam memahami komunikasi dalam sistem pemerintahan beraja terutama di Negara Brunei Darussalam. Abstract This study focuses on the analysis of imperative sentences in the royal decrees of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, especially regarding youth in the past five years (2019 – 2024). Using qualitative text analysis methods, this study examines the types and patterns of imperative sentences, both explicit and implicit, in royal decrees to youth. Based on Speech Act Theory (Austin, 1962) or Tindak Tutur is one approach in the field of pragmatics that examines how utterances not only convey information but also function as a form of action., this analysis pays attention to the structure, function, and subtlety of sentences in His Majesty’s decrees, which not only convey instructions but also the nation’s noble values and vision. This study found that the use of explicit and implicit imperative sentences reflects His Majesty’s wisdom in inspiring and encouraging youth to play a role as the main drivers of national development. The results of this study not only enrich the field of language studies but also provide a meaningful contribution to understanding communication in the monarchy system, especially in Brunei Darussalam.

Copyrights © 2025






Journal Info

Abbrev

ijlic

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Library & Information Science Social Sciences Other

Description

International Journal of Linguistics and Indigenous Culture (IJLIC) explores and contributes to the field of linguistics, with a specific emphasis on indigenous languages and cultures worldwide. The journal aims to publish research articles, scholarly papers, and studies that delve into various ...