International Journal of Linguistics and Indigenous Culture
Vol. 3 No. 3 (2025): November

Strategi Translaguaging dalam Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Standard di Universiti Brunei Darussalam




Article Info

Publish Date
30 Nov 2025

Abstract

Dalam konteks pendidikan dwibahasa di Universiti Brunei Darussalam (UBD), pelajar perlu menguasai kedua-dua bahasa, iaitu bahasa Melayu standard (BMS) dan bahasa Inggeris (BI), bagi tujuan akademik dan komunikasi. Namun, realiti menunjukkan bahawa sebahagian pelajar lebih cenderung menggunakan BI berbanding BMS dalam situasi pembelajaran formal. Keadaan ini menimbulkan persoalan tentang bagaimana pendekatan pedagogi dapat membantu memperkukuh penguasaan BMS tanpa menafikan peranan BI dalam proses pembelajaran. Kajian ini meneliti peranan konsep translanguaging dalam meningkatkan penguasaan BMS dalam kalangan pelajar UBD. Reka bentuk kajian campuran digunakan dengan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif daripada 26 orang responden melalui soal selidik dan analisis tugasan akademik. Analisis tematik dan statistik deskriptif dijalankan bagi meneliti pola penggunaan translanguaging dalam proses pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar menggabungkan penggunaan dialek Melayu Brunei (DMB), BI, dan BMS secara fleksibel untuk meningkatkan kefahaman konsep, memudahkan komunikasi akademik, dan menyokong penghasilan penulisan ilmiah. Hasil kajian turut menunjukkan peningkatan motivasi belajar apabila pelajar dibenarkan menggunakan kedua-dua bahasa secara seimbang. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan kepentingan strategi pengajaran berasaskan translanguaging dalam memperkukuh penguasaan BMS dan mencadangkan penambahbaikan dasar bahasa di institusi pendidikan tinggi di Brunei. Penemuan ini menyumbang kepada pengayaan literatur serantau dan antarabangsa mengenai keberkesanan translanguaging dalam konteks pendidikan dwibahasa serta berpotensi menjadi asas kepada pembangunan pedagogi yang lebih inklusif dan berkesan di UBD. Abstract In the context of bilingual education at Universiti Brunei Darussalam (UBD), students need to master both Malay Standard (BMS) and English (BI) for academic and communicative purposes. However, many students tend to use BI more frequently than BMS in formal learning contexts, raising questions about pedagogical approaches that can strengthen BMS proficiency without diminishing the role of BI. This study examines the role of translanguaging in enhancing BMS proficiency among UBD students. A mixed-methods design was employed, collecting quantitative and qualitative data from 26 respondents through questionnaires and analysis of academic assignments. Thematic and descriptive statistical analyses were conducted to explore patterns of translanguaging use and its relationship with academic performance. Findings indicate that students flexibly combine Brunei Malay dialect (DMB), BI, and BMS to improve concept comprehension, facilitate academic communication, and support scholarly writing. Allowing students to use both languages also increased their learning motivation. Overall, the study emphasizes the importance of teaching strategies based on translanguaging to reinforce BMS proficiency and recommends policy improvements in higher education institutions in Brunei. The findings contribute to regional and international literature on the effectiveness of translanguaging in bilingual education and provide a foundation for developing more inclusive and effective pedagogical practices at UBD.

Copyrights © 2025






Journal Info

Abbrev

ijlic

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Library & Information Science Social Sciences Other

Description

International Journal of Linguistics and Indigenous Culture (IJLIC) explores and contributes to the field of linguistics, with a specific emphasis on indigenous languages and cultures worldwide. The journal aims to publish research articles, scholarly papers, and studies that delve into various ...