International Journal of Linguistics and Indigenous Culture
Vol. 3 No. 3 (2025): November

Analisis Perbandingan Perambahan Melayu Brunei dan Peribahasa Melayu Malaysia yang Bersumberkan Objek 'Ayam' dari Sudut Pragmatik




Article Info

Publish Date
30 Nov 2025

Abstract

Peribahasa merupakan ungkapan yang mendukung makna tersirat yang digunakan oleh penutur untuk menyampaikan kritikan, teguran, nasihat dan pujian dengan cara yang halus. Peribahasa juga mencerminkan kebijaksanaan akal budi, nilai, etika, falsafah hidup dan pengamatan yang tinggi penciptanya terhadap simbol atau objek yang digunakan dalam peribahasa yang dicipta. Dalam konteks peribahasa di Nusantara, peribahasa yang terhasil seringkali menggunakan objek flora dan fauna serta ciri dan tingkah laku objek ini sebagai kiasan terhadap tingkah laku manusia. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meneliti penggunaan simbol ‘ayam’ dalam perambahan Melayu Brunei dan peribahasa Malaysia serta membandingkan bentuk serta makna yang didukung oleh peribahasa yang bersumberkan objek ‘ayam’. Selain itu, kajian ini juga menganalisis pengaruh latar belakang sosial dan budaya serta sudut pandang masyarakat di dua buah negara ini terhadap pembinaan peribahasa yang menggunakan objek yang sama. Berdasarkan pendekatan pragmatik, iaitu teori Relevans, kajian ini menganalisis perambahan Melayu Brunei dan peribahasa Melayu Malaysia bagi menjelaskan maksud tersirat peribahasa ini dan kewajaran pemilihan objek ‘ayam’ dalam peribahasa. Kajian ini mendapati bahawa daripada 86 peribahasa yang menggunakan leksikal ‘ayam’, hanya 12 perambahan daripada Melayu Brunei dan 74 peribahasa daripada Melayu Malaysia. 35% daripada jumlah tersebut mempunyai bentuk dan makna yang sama, 42% mempunyai bentuk yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama, dan 23% berbeza bentuk dan berbeza makna. Persamaan ini menunjukkan perkongsian sudut pandangan dunia dan latar budaya yang sama dalam masyarakat Melayu serantau, manakala perbezaannya mencerminkan pengaruh konteks sosio-budaya dan leksikal tempatan. Kajian ini juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu di kedua-dua negara mengamalkan prinsip komunikasi yang berlapik melalui peribahasa untuk memberikan nasihat, teguran, dan sindiran secara halus mengikut prinsip Relevans. Kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkn oleh para penyelidik, dan masyarakat amnya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang warisan peribahasa dalam rumpun Melayu secara pragmatik, dan terus memperkukuh kajian dalam bidang ini dari perspektif baharu.

Copyrights © 2025






Journal Info

Abbrev

ijlic

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Library & Information Science Social Sciences Other

Description

International Journal of Linguistics and Indigenous Culture (IJLIC) explores and contributes to the field of linguistics, with a specific emphasis on indigenous languages and cultures worldwide. The journal aims to publish research articles, scholarly papers, and studies that delve into various ...