FamilyEdu
Vol 3, No 2 (2017)

Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) : Kesediaan Guru Vokasional dalam Pelaksanaan Pengajaran Kursus Seni Kulinari Kolej Vokasional

Zakaria, Anis (Unknown)
Asmara, Nur Aisyah Mhd Noor (Unknown)



Article Info

Publish Date
12 Nov 2017

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan deskriptif yang bertujuan untuk mengetahui kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran Kursus Seni Kulinari di kolej vokasional aliran Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Kesediaan guru yang dikaji adalah dari segi tahap pengetahuan dan pemahaman guru terhadap sukatan pelajaran Kursus Seni Kulinari, tahap keyakinan guru dan permasalahan yang dihadapi dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari. Kajian ini telah dijalankan kepada guru yang mengajar Kursus Seni Kulinari di tiga buah kolej vokasional (KV) iaitu KV Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Setapak (Selangor), KV Sultan Abdul Samad (Selangor) dan KV Dato Undang Haji Muhammad Sharip, Rembau (Negeri Sembilan). Secara keseluruhannya, didapati tahap pengetahuan dan pemahaman guru terhadap sukatan pelajaran Kursus Seni Kulinari berada pada tahap tinggi. Namun tahap keyakinan guru dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari berada pada tahap tinggi yang sederhana.  Permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari juga perlu diberi perhatian dengan aspek peralatan serta pengetahuan dan kemahiran guru dilihat sebagai masalah yang dikenalpasti berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga telah memberikan beberapa cadangan kajian dan juga cadangan lanjutan bagi meningkatkan kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran Kursus Seni Kulinari di kolej vokasional.

Copyrights © 2017






Journal Info

Abbrev

familyedu

Publisher

Subject

Education Social Sciences

Description

FamilyEdu Journal is a media distribution and dissemination of research results, studies and ideas in the field of education, especially Family Welfare Education and Home Economiccs Education. The editors receive written contributions from research findings and studies in the field of Family Welfare ...