Journal of Information System and Education Development
Vol. 4 No. 2 (2026): Journal Of Information System And Education Development

Transformasi Radio Digital di Malaysia: Analisis Literatur Terhadap Perkembangan 5G dan OTT

Mohd Jannatul Firdaus Muhammad (Universiti Malaysia Sabah)
Intan Solihah Ibrahim (Universiti Malaysia Sabah)



Article Info

Publish Date
11 Jun 2026

Abstract

Teknologi 5G dan Over-The-Top (OTT) dalam penyiaran radio merupakan bidang yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan akademik dan industri. Namun, pemahaman terhadap potensinya masih terhad, khususnya dalam konteks penyiaran digital di Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti trend, cabaran, dan potensi impak teknologi ini terhadap industri penyiaran melalui kaedah Systematic Literature Review. Sebanyak lapan artikel yang diterbitkan antara 2019 sehingga 2024 dianalisis secara sistematik. Dapatan kajian mendedahkan tiga tema utama: isu teknikal pelaksanaan 5G dan OTT, cabaran struktur serta polisi pelaksanaan, dan perubahan landskap penyiaran akibat teknologi ini. Kajian ini mencadangkan agar penyelidikan bersifat tempatan dipertingkatkan bagi memahami implikasi terhadap model perniagaan, infrastruktur, dan corak penggunaan media di Malaysia. Penemuan ini diharapkan dapat membantu pembuat dasar dan pemain industri merangka strategi transformasi digital yang lebih berkesan.   .

Copyrights © 2026






Journal Info

Abbrev

jised

Publisher

Subject

Computer Science & IT Education Languange, Linguistic, Communication & Media Other

Description

Journal of Information System and Education Development (JISED) is published by Manna wa Salwa Foundation as a forum for academics, researchers, and practitioners in the field of Information System and Education Development (not implicitly) to disseminate their research results so that they can ...