Fikiran Masyarakat
Vol 4, No 2 (2016)

Amalan Wasiat Masyarakat Islam di Kota Bukittinggi - Sumatera Barat, Indonesia

Afriyanto Afriyanto (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)
Noor Lizza Mohamed Said (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)



Article Info

Publish Date
06 May 2016

Abstract

Wasiat ialah suatu proses pemindahan harta dari seseorang kepada orang lain. Pada umumnya masyarakat Islam sudah mengamalkan ibadah wasiat sejak zaman dahulu. Namun begitu terdapat beberapa amalan yang tidak sesuai dengan hukum Islam. Ini karena kegagalan masyarakat memahami hukum mengenai wasiat adalah faktor utama kegagalan umat Islam membudayakan walaupun hukum mengenai wasiat adalah faktor utama kegagalan umat Islam membudayakan walaupun hukum mengenai wasiat tersebut sudah cukup jelas dalam syariat Islam. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan wasiat yang di amalkan di Kota Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia. Kajian ini berbentuk kajian analisis kandungan dan lapangan. Data di kumpul melalui kaedah analisis dokumen primer, sekunder dan kaedah temubual juga digunakan sebagai sokongan. Kaedah deskriptif, induktif dan perbandingan dalam menganalisis data. Hasil daripada kajian di dapati sebahagian besar daripada anggota masyarakat telah mengamalkan wasiat. Namun sebahagian besar daripada amalan tersebut tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang telah diwasiatkan karena didapati sebahagian anggota masyarakat juga tidak faham tentang hukum wasiat walaupun pada perkara asas yang patut di fahami oleh mereka yang ingin mengamalkannya. Kajian ini memberi impak kepada masyarakat Islam Kota Bukittinggi terhadap pentingnya amalan berwasiat mengikut kaedah syar’i dan hukum Islam.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

fm

Publisher

Subject

Other

Description

Visi Jurnal Fikiran Masyarakat sarana informasi ilmu pengetahuan dan pemikiran. Tujuan : 1. Memberikan informasi hasil pemikiran dan penelitian yang dilakukan oleh masyarakat peneliti dan akademik. 2. Memberikan informasi yang berguna untuk membangun masyarakat yang lebih baik. 3. Memberikan ...