Fikiran Masyarakat
Vol 6, No 1 (2018)

Pengurusan di Rumah Pengasih Warga Prihatin Sungai Ramal Dalam, Kajang - Selangor

Nur Atikah binti Zolkepli (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)
Razaleigh Muhamat Kawangit (Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam)



Article Info

Publish Date
06 Apr 2018

Abstract

Pengurusan rumah anak yatim merupakan pengurusan yang melibatkan proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, dan penglibatan ahli-ahli dalam sebuah organisasi. Pengurusan rumah anak yatim harus diberi perhatian dalam memastikan anak-anak yatim mendapat jagaan yang sewajarnya. Hal ini kerana terdapat diantara pusat penubuhan rumah anak yatim yang mengabaikan penjagaan secara tidak lansung memberi kesan yang buruk terhadap fizikal dan mental anak-anak yatim. Oleh yang demikian, Rumah Pengasih Warga Prihatin yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Selangor, Kajang dijadikan sebagai limitasi bidang kajian berkenaan pengurusan rumah anak yatim. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti pengurusan yang dilaksanakan di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Bagi mencapai objektif kajian, metodologi analisis kandungan digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian ini mendapati bahawa tunjang kasih sayang serta terapan agama dapat memberi pembaikan dan perubahan kepada anak-anak yatim kearah kecemerlangan dan keunggulan. Sistem hidup yang komprenensif iaitu Islam sebagai Ad-Din dilihat mampu diaplikasikan secara pragmatik dan berkesan dalam inspirasi kehidupan.

Copyrights © 2018






Journal Info

Abbrev

fm

Publisher

Subject

Other

Description

Visi Jurnal Fikiran Masyarakat sarana informasi ilmu pengetahuan dan pemikiran. Tujuan : 1. Memberikan informasi hasil pemikiran dan penelitian yang dilakukan oleh masyarakat peneliti dan akademik. 2. Memberikan informasi yang berguna untuk membangun masyarakat yang lebih baik. 3. Memberikan ...