ABSTRAK: Pendidikan Islam adalah pendidikan yang memberi penekanan kepada tanggungjawab seorang hamba terhadap pencipta alam ini, iaitu Allah SWT (Subhanahu Wa-Taâala) dan mematuhi tuntutan terhadap keimanan tersebut dengan melaksanakan segala yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sejajar dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPG KPM) telah menggubal kurikulum Pendidikan Islam untuk setiap kursus perguruan yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Melahirkan insan guru yang berketerampilan dalam semua aspek, iaitu sahsiah, ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional, serta nilai kerohanian yang positif adalah matlamat kurikulum Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Tujuan kurikulum ini untuk melatih bakal guru supaya dapat menjadi model (qudwah hasanah) kepada para pelajar, ibu bapa, keluarga, dan masyarakat; di samping dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah serta berkhidmat untuk pembangunan negara dan bangsa. Justeru itu, kaedah pengajaran bagi setiap bidang dan faktor-faktor yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan hendaklah diberi perhatian bagi memastikan kurikulum ini dapat mencapai hasil pembelajaran yang berkesan.KATA KUNCI: Pendidikan Islam, kaedah pengajaran, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, serta  Institut Pendidikan Guru Malaysia.  About the Authors: Zahiah Haris @ Harith dan Mustapha Kamal Ahmad Kassim ialah para Pelajar Ijazah Kedoktoran di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Alamat emel mereka adalah: zahiah1970@yahoo.com.my dan musza1968@yahoo.com.my How to cite this article? Harith, Zahiah Haris @ & Mustapha Kamal Ahmad Kassim. (2011). âPendidikan Islam Kursus Perguruan Lepas Ijazah di Institut Pendidikan Guru Malaysia: Kaedah dan Proses Pengajaran dan Pembelajaran yang Berkesanâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.279-294. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.Chronicle of the article: Accepted (October 17, 2011); Revised (November 17, 2011); and Published (December 15, 2011).
Copyrights © 2011