ABSTRAK: Pemungutan data merupakan satu cabaran yang perlu diharungi dengan penuh kesabaran oleh pengkaji yang melakukan kajian melalui pendekatan kualitatif. Setiap pengalaman yang dialami dalam proses mengutip data merupakan satu pengalaman yang perlu dikongsikan. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman bersabit pengutipan data dalam kajian berkaitan penyoalan lisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk elektrokimia. Kajian ini memerlukan data berbentuk âverbatimâ pengajaran yang mengandungi maklumat dialog pengajaran guru dan pelajar, soalan lisan guru, dan catatan pemerhatian semasa proses pemerhatian di dalam kelas. Pemungutan data dilakukan secara pemerhatian tidak turut serta dengan bantuan rakaman audio dan video, temubual, dan maklumat melalui dokumen guru. Dibincangkan juga proses membuat transkripsi bagi menghasilkan data berbentuk âverbatimâ pengajaran. Memilih pembantu untuk membuat transkripsi bukan suatu perkara yang mudah, kerana tidak semua orang mampu melakukannya. Berdasarkan pengamatan pengkaji, orang yang mempunyai sifat ketekunan, ketelitian, dan kesabaran lebih mudah melakukannya. Daripada pengamatan pengkaji pula, pembantu yang mempunyai latar belakang sains lebih mampu membuat transkripsi secara lebih lengkap dan terperinci, memandangkan mereka pernah belajar tajuk elektrokimia. Perbincangan juga menonjolkan beberapa mini kajian yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul semasa pemungutan data. Kesimpulannya, pemungutan data melalui pendekatan kualitatif memerlukan proses cuba jaya, membina hubungan yang harmoni dengan peserta kajian, serta mengamalkan etika penyelidikan dengan sebaik mungkin agar data yang diperoleh merupakan data yang kaya dengan maklumat yang dikehendaki.KATA KUNCI: Pemungutan data, penyelidikan kualitatif, pemerhatian, temubual, serta data âverbatimâ pengajaran dan pembelajaran.About the Author: Zanaton binti Haji Iksan ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: naim@ukm.myHow to cite this article? Haji Iksan, Zanaton binti. (2011). âProses Pemungutan Data dalam Kajian Penyoalan Lisan: Satu Kongsi Pengalamanâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.215-232. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.Chronicle of the article: Accepted (October 17, 2011); Revised (November 25, 2011); and Published (December 15, 2011).
Copyrights © 2011