ABSTRAK: Perkembangan ke arah penyamarataan hak dan peluang Orang Kurang Upaya (OKU) dalam masyarakat di Malaysia boleh dikatakan bergerak agak pesat. Walau bagaimanapun, ianya masih belum mencukupi untuk membela nasib golongan OKU di Malaysia. Masih ramai lagi di kalangan mereka yang tidak mendapat peluang, sama ada pekerjaan mahupun pendidikan, yang sama seperti golongan normal yang lain. Masalah akses kepada perkhidmatan dan kemudahan awam masih lagi membelenggu golongan ini yang seterusnya membataskan pergerakan dan menghalang integrasi mereka ke dalam masyarakat. Dalam pada itu, perkembangan kaunseling kerjaya yang berlaku menunjukkan betapa perlunya perkhidmatan ini dan ianya memberi manfaat, terutama untuk membentuk masa depan yang lebih cemerlang. Walaupun dari segi teori kaunseling kerjaya, OKU adalah sama dengan orang biasa, namun dari segi praktiknya mereka berlainan. Perkhidmatan kaunseling kerjaya untuk OKU bukan sesuatu yang mudah, kerana melibatkan kepelbagaian kategori OKU yang mempunyai keperluan dan limitasi yang berbeza. Kejayaan kaunselor dalam menjalankan kaunseling kerjaya untuk OKU adalah bergantung kepada peranan, kecekapan, dan sikap kaunselor itu sendiri. Kaunselor yang berpengetahuan tentang OKU, selesa dengan OKU dan menerima tanpa syarat, bersedia menjadi terbuka dan ikhlas, serta seorang yang kreatif dan proaktif akan menjadikan proses kaunseling kerjaya untuk OKU lebih berjaya.KATA KUNCI: Kaunseling, kaunseling kerjaya, orang kurang upaya (OKU), dan perkembangan kerjaya. About the Authors: Dr. Lau Poh Li, Dr. Ahmad Shamsuri Muhamad, dan Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, mereka boleh dihubungi dengan alamat emel: fpchew@um.edu.myHow to cite this article? Li, Lau Poh, Ahmad Shamsuri Muhamad & Chew Fong Peng. (2011). âPeranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upayaâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.233-246. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.Chronicle of the article: Accepted (October 7, 2011); Revised (November 15, 2011); and Published (December 15, 2011).
Copyrights © 2011