ATIKAN
Vol 1, No 1 (2011)

Konsepsi Murid Berumur 10 Tahun tentang Pembahagian Melibatkan Sifar

Nik Pa, Nik Azis (Unknown)
Ibrahim, Faridah Mohamed (Unknown)



Article Info

Publish Date
18 Feb 2016

Abstract

ABSTRAK: Kajian ini meneliti konsepsi murid berumur 10 tahun tentang pembahagian melibatkan sifar dengan berlandaskan teori konstruktivisme radikal. Data dikumpulkan daripada 7 orang murid melalui 2 sesi temu duga klinikal yang melibatkan tugas menggambarkan konsep bahagi, menggambarkan konsep sifar, menyelesaikan masalah bahagi tanpa dan dengan sifar, dan menyelesaikan masalah darab melibatkan sifar. Majoriti murid didapati menggambarkan konsep bahagi dengan menulis simbol standard bagi operasi bahagi dan simbol bagi pembahagian panjang, manakala simbol bagi sifar pula dibaca sebagai “kosong” dan ditafsirkan sebagai tidak ada apa-apa atau tidak ada nombor. Seterusnya, murid menggunakan kaedah pengukuran, pemetakan, dan penolakan berulang, baik secara sendiri mahupun secara gabungan untuk menyelesaikan masalah bahagi tanpa sifar. Sesetengah murid turut menggunakan algoritma pembahagian panjang untuk menyokong jawapan mereka. Bagi kedua-dua pembahagian melibatkan sifar dan tanpa sifar, semua murid menggunakan penjelasan berasaskan peraturan untuk menjustifikasikan jawapan mereka, dalam mana penjelasan tersebut mengandungi beberapa unsur yang berbeza. Sebagai tambahan, penyelesaian murid bagi masalah pembahagian tanpa sifar nampaknya berkisar pada tafsiran mereka tentang operasi bahagi, manakala penyelesaian bagi masalah bahagi melibatkan sifar pula nampaknya berkisar pada tafsiran mereka tentang sifar sebagai “kosong”.KATA KUNCI:  Murid Sekolah Rendah, bahagi, darab, sifar, konsepsi, dan konstruktivisme radikal.Prof. Dr. Nik Azis Nik Pa ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Alamat emel beliau adalah: nikazis@um.edu.my. Manakala Dr. Faridah Mohamed Ibrahim ialah Pensyarah di Pusat Asasi Sains UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Alamat emel beliau adalah: faridah124@um.edu.myHow to cite this article? Nik Pa, Nik Azis & Faridah Mohamed Ibrahim. (2011). “Konsepsi Murid Berumur 10 Tahun tentang Pembahagian Melibatkan Sifar” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(1) Juni, pp.91-104. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (April 4, 2011); Revised (May 17, 2011); and Published (June 5, 2011).

Copyrights © 2011






Journal Info

Abbrev

atikan

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 2088-1290, was firstly published on June 1, 2011, in the context to commemorate the Birthday of Pancasila's Name in Indonesia. Since issue of June 2012 to December 2014, the ATIKAN journal was organized by the Lecturers of FKIP UNSUR (Faculty of Education and Teacher ...