IKHTISAR: Program pembangunan pendidikan bergantung bukan sahaja kepada pembangunan material semata-mata, tetapi memerlukan keprihatinan para pendidik Islam dalam membangunkan kerangka kurikulum dan metodologi pendidikan Islam yang progresif dan berdaya maju. Kertas kerja ini bakal mengupas berkaitan pendemokrasian sistem pendidikan Islam di Malaysia secara umum. Perbincangan meliputi beberapa perkara utama, iaitu: konsep dan falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan Islam negara Malaysia, dan perbincangan khusus pendekatan-pendekatan yang perlu dalam rangka pendemokrasian sistem pendidikan Islam di Malaysia. Pendemokrasian sistem pendidikan adalah suatu budaya ilmu yang pernah dipraktekkan dalam sistem zaman kegemilangan awal Islam. Semakan dan penambahbaikan kurikulum pengajian Islam di Malaysia harus dilakukan bagi merealisasikan hasrat dan matlamat pendidikan Islam yang selari dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar Pembangunan Negara. Pernyataan Falsafah Pendidikan Islam yang menekankan aspek menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Qurâan dan Al-Sunnah perlu direalisasi secara sistematik. Sistem dan bentuk pendidikan Islam harus mampu mengimplementasikan âkhaira ummahâ atau sebaik-baik umat dan âummatan wasatanâ atau umat rujukan bagi insan lain.KATA KUNCI: Pembangunan pendidikan, falsafah pendidikan Islam, pendemokrasian, dasar pembangunan negara Malaysia, dan khaira ummah.ABSTRACT: This article entitled âDemocratization of the Islamic Education System in Malaysia: An Over Reviewâ. Education development program depends not only on material development alone, but requires a concern to Muslim educators develop curriculum framework and methodology for Islamic education is progressive and viable. This paper will peel related democratization Islamic education system in Malaysia in general. Discussion covers some of the main topics: concept and philosophy of Islamic education, the national Islamic educational philosophy in Malaysia, and specific discussion of approaches to the framework of the democratization of the Islamic education system in Malaysia. Democratization of the education system is a knowledge-based culture system practiced in the golden age of Islam. Review and improvement of the curriculum of Islamic studies in Malaysia have to be done to realize the aspirations and objectives of Islamic education in line with the National Education Policy and the National Development Policy. Statement of Educational Philosophy of Islam which emphasizes the knowledge, skills, and appreciation of Islam based on the Al-Quran and Al-Sunnah should be systematically realized. System and form of Islamic education should be able to implement the âkhaira ummahâ or the best of peoples and âummatan wasatanâ or reference for other people.KEY WORD: Education development, philosophy of Islamic education, democratization, Malaysian national development policy, and the best of peoples.About the Author: Dr. Alias Azhar ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Undang-Undang, Kolej Undang-Undang, Kerajaan, dan Pengajian Antarabangsa UUM (Universiti Utara Malaysia), 06010 Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik dan penyelidikan, penulis boleh dihubungi secara terus melalui talian emel di: az.alias@uum.edu.myHow to cite this article? Azhar, Alias. (2013). âPendemokrasian Sistem Pendidikan Islam di Malaysia: Satu Tinjauanâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(1) Juni, pp.59-72. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (April 10, 2013); Revised (May 20, 2013); and Published (June 15, 2013).
Copyrights © 2013