IKHTISAR: Tafsir Nur al-Ihsan merupakan sebuah karya dalam bidang tafsir Al-Qurâan yang ditulis oleh Syeikh Muhammad Saâid bin Umar. Namun, pengarang tidak menyatakan sumber rujukannya dengan konvensi dalam menghasilkan karya ini. Hal tersebut telah mengelirukan masyarakat mengenai kesahihan tafsiran-tafsiran ayat Al-Qurâan yang telah dibuat olehnya. Oleh itu, objektif utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji dan mengesan teks asal yang bersumberkan daripada Tafsir al-Baghawi, yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan Tafsir Nur al-Ihsan; di samping memperlihatkan bagaimana teks itu dipetik oleh pengarang. Proses menganalisis Tafsir Nur al-Ihsan akan menggunakan pendekatan genetik yang dikembangkan oleh pakar-pakar bahasa dan sastera dalam mengkaji teks asal tersebut. Dapatan analisis membuktikan bahawa Syeikh Muhammad Saâid bin Umar telah mengaplikasi lima cara ambilan teks yang dipetik daripada Tafsir al-Baghawi ketika menghasilkan karyanya, iaitu: (1) menukil teks secara sejajar; (2) menukil teks secara abstrak; (3) menggugurkan sebahagian kalimah yang terdapat dalam teks yang diambil daripada Tafsir al-Baghawi; (4) menambah huraian dalam teks yang diambil; dan (5) menyanggah sebahagian teks yang dirujuk. KATA KUNCI: Tafsir Nur al-Ihsan, Tafsir al-Baghawi, Syeikh Muhammad Saâid bin Umar, pendekatan genetik, membuat bandingan, dan sumber rujukan asal.ABSTRACT: âThe Impact of Tafsir al-Baghawi towards the Tafsir Nur al-Ihsan: The Genetic Approachâ. Tafsir Nur al-Ihsan is a book in the field of Qurâanic exegesis written by Syeikh Muhammad Saâid bin Umar. However, there is a huge amount of denunciation done towards the book by the community due to the lack of clear resources in translating the verses of the Al-Qurâan. Causing confusion among the community on the legality of the translation done in the book. Therefore, the main objective of this research is to study and detect the original resources of the writer in the Tafsir Nur al-Ihsan, and expressing how the sources are taken from the Qurâanic verses. The analysis of Tafsir Nur al-Ihsan used the genetic approach which was developed by experts of language and literature in studying the origin of the resources. The result of the analysis proved that Syeikh Muhammad Saâid bin Umar implemented five methods: (1) which the text were referenced from Tafsir al-Baghawi while finishing his work which is quoting the text; (2) writing an abstract; (3) removal of some of the words; (4) adding explanation; and (5) refuting part of the text.KEY WORD: Tafsir Nur al-Ihsan, Tafsir al-Baghawi, Syeikh Muhammad Saâid bin Umar, genetic approach, comparison, and reference.About the Author: Mohd Sholeh Sheh Yusuff ialah Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: abuiffah@ymail.comHow to cite this article? Sheh Yusuff, Mohd Sholeh. (2014). âPengaruh Tafsir al-Baghawi dalam Tafsir Nur al-Ihsan: Satu Pendekatan Genetikâ in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.2(2), September, pp.155-170. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808. Chronicle of the article: Accepted (May 16, 2014); Revised (July 20, 2014); and Published (September 24, 2014).
Copyrights © 2014