SUSURGALUR
Vol 4, No 1 (2016)

Sejarah Perkembangan Aktiviti Penangkapan Ikan

Rahim, Pengiran Khairul Rijal bin Pengiran Haji Abdul (Unknown)



Article Info

Publish Date
17 Feb 2017

Abstract

IKHTISAR: Aktiviti penangkapan ikan telah mengalami sejarah perkembangan yang begitu panjang. Perkembangan ini dipengaruhi oleh usaha memenuhi permintaan dan keperluan sumber perikanan. Bermula dari memenuhi permintaan dan keperluan sara diri, sehingga membawa kepada pengkomersialan aktiviti penangkapan ikan untuk pasaran eksport. Setiap kali berlakunya perubahan dan peningkatan permintaan sumber perikanan, secara langsung, akan mengubah matlamat dan oriestasi sesuatu aktiviti penangkapan ikan. Perubahan dari segi matlamat dan orientasi tersebut telah mendorong kepada penciptaan dan pengubahsuaian teknologi penangkapan ikan, yang menjadi alat utama untuk mendaratkan sumber perikanan. Artikel ini, dengan menggunakan sorotan literatur dan kaedah penyelidikan sejarah, menunjukan bahawa perkembangan aktiviti penangkapan ikan bukan hanya terserlah dalam sesuatu kawasan atau tempat, tetapi telah merentas sempadan antarabangsa, sama ada melalui dasar imperialisme atau melalui hubungan usahasama antara nelayan dari beberapa buah negara. Dengan kata lain, perkembangan aktiviti penangkapan ikan di sesuatu kawasan telah mempengaruhi aktiviti perikanan di tempat lain. Oleh itu, perkembangan aktiviti perikanan tidak terbatas pada peringkat setempat atau serantau sahaja, tetapi lebih luas sehingga ke tahap global, yang mengakibatkan stok sumber perikanan mengalami kemerosotan ke tahap yang sangat membimbangkan.KATA KUNCI: Aktiviti Penangkapan Ikan; Perspektif Sejarah; Peringkat Global, Regional, dan Lokal; Kelanjutan dan Perubahan. ABSTRACT:  “History of Fishing Activities”. The fishing activity has experienced such a long of development history. These developments are influenced by efforts to meet the demands and needs of fisheries resources. Starting from the needs and demands of subsistence, leading to the commercialization of fishing activities for the export market. Every time there is a change and increasing demand of fishery resources will, directly, change goals and oriestasi an activity of fishing. Changes in its goals and orientation have led to the creation and modification of fishing technologies, which become the main tool for land fishery resources. This article, using the literature review and method of historical research, showed hat the development of fishing activities not only stands out in an area or place, but it was across the international border, either by imperialism or through a joint venture between fishermen from several countries. In other words, the development of fishing activities in an area already affected the fishing activities elsewhere. Therefore, the development of fishing activities are not limited to local or regional level alone, but more broadly to the global level, which caused stocks fishery resources decline to a level that is very worrying.KEY WORD: Fishing Activities; Historical Perspective; Global, Regional, and Local Levels; Continuity and Change.About the Author: Pengiran Dr. Khairul Rijal bin Pengiran Haji Abdul Rahim ialah Pensyarah di Akademi Pengajian Brunei UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Untuk kepentingan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel: rijal.rahim@ubd.edu.bn  How to cite this article? Rahim, Pengiran Khairul Rijal bin Pengiran Haji Abdul. (2016). “Sejarah Perkembangan Aktiviti Penangkapan Ikan” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.4(1), March, pp.31-50. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808. Chronicle of the article: Accepted (February 15, 2016); Revised (March 2, 2016); and Published (March 24, 2016).

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

susurgalur

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 2302-5808, was firstly published on March 24, 2013, in the context to commemorate the BLA (Bandung Lautan Api or Bandung a Sea of Flames)’s Day in Indonesia. The SUSURGALUR journal has jointly been organized by the Lecturers of APB UBD (Academy of Brunei Studies, ...