Majalah Ilmiah UNIKOM
Vol. 13 No. 2 (2015): Majalah Ilmiah Unikom

SYARIKAT KORPORAT ICT DAN PERLAKSANAAN TANGGUGJAWAB SOSIAL KORPORAT: KLASIFIKASI, RASIONALITI DAN PENERAPAN PRINSIP ISLAM

HAMDAN, OEMAR (Unknown)
ISMAIL, ABD MANAF (Unknown)



Article Info

Publish Date
30 Dec 2015

Abstract

Perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat merupakan isu global yang berkai-tan rapat dengan syarikat perniagaan termasuklah syarikat korporat ICT. Secara prinsipnya, perlaksaan tanggungjawab sosial korporat merupakan interprestasi kepada kebertanggungjawaban syarikat terhadap pihak berkepentingan dalam industri yang mana memberikan sumbangan besar kepada kejayaan dan surviv-al perniagaan pada masa lepas, kini dan masa hadapan. Jadi, kertas kerja ini membincangkan teori dan berkaitan tanggungjawab sosial korporat sebagai teras kefahaman. Kemudian, klasifikasi dan rasionaliti perlaksanaan tanggung-jawab sosial korporat dibincangkan bagi memperkukuhkan kefahaman mengenai tanggungjawab sosial korporat dalam konteks syarikat korporat ICT. Prinsip Islam pula diutarakan bagi menyokong perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat lantaran kegagalan sistem ekonomi barat sedia ada dalam me-nangani isu ini. Akhir sekali, cadangan-cadangan dikemukakan sebagai mekanisme bagi mempertingkatkan perlaksaan tanggungjawab sosial korporat di kalangan syarikat ICT.

Copyrights © 2015






Journal Info

Abbrev

jurnal-unikom

Publisher

Subject

Arts Humanities Computer Science & IT Engineering Law, Crime, Criminology & Criminal Justice Social Sciences

Description

Jurnal Majalah Ilmiah Unikom (MIU), adalah wadah informasi berupa hasil penelitian, studi kepustakaan, gagasan, aplikasi teori dan kajian analisis kritis di masing-masing bidang kelimuan. Majalah Ilmiah Unikom (MIU) diterbitkan dua kali dalam satu tahun yaitu pada bulan April dan ...