Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

ANCAMAN KESELAMATAN INTERNET SEBAGAI ISU UTAMA NEGARA: ISU-ISU KONTEMPORARI, PENDEKATAN, DAN PENYELESAIAN HAMDAN, OEMAR; ISMAIL, ABD MANAF
Majalah Ilmiah UNIKOM Vol. 13 No. 2 (2015): Majalah Ilmiah Unikom
Publisher : Universitas Komputer Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (479.986 KB)

Abstract

Isu keselamatan siber merupakan isu utama masa kini yang mendapat per-hatian dari pelbagai pihak termasuklah pengguna individu, masyarakat, pihak Kera-jaan, organisasi perniagaan, dan sebagainya. Isu ini seakan tidak ada penyelesaian lantaran ancaman berterusan seperti serangan pengodam terhadap komputer masih berlaku, malah di sesetengah negara is agak membimbangkan. Untuk itu, kertas kerja ini membincangkan sorotan kajian berkaitan isu-isu kesela-matan siber termasuklah di Malaysia. Secara khususnya, kod profesional ICT akan dibincangkan untuk melihat sejauhmanakah ianya berkesan dalam mem-bendung permasalahan ini. Kertas kerja ini juga mengupas pendekatan berasas-kan ICT yakni sejauhmanakah pendekatan ini berupaya menangani permasa-lahan berkenaan. Akhir sekali, cadangan untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap bahaya ancaman ini adalah penting agar para pengguna peka terhadap sebarang amaran mengenai ancaman siber.
SYARIKAT KORPORAT ICT DAN PERLAKSANAAN TANGGUGJAWAB SOSIAL KORPORAT: KLASIFIKASI, RASIONALITI DAN PENERAPAN PRINSIP ISLAM HAMDAN, OEMAR; ISMAIL, ABD MANAF
Majalah Ilmiah UNIKOM Vol. 13 No. 2 (2015): Majalah Ilmiah Unikom
Publisher : Universitas Komputer Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (405.754 KB)

Abstract

Perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat merupakan isu global yang berkai-tan rapat dengan syarikat perniagaan termasuklah syarikat korporat ICT. Secara prinsipnya, perlaksaan tanggungjawab sosial korporat merupakan interprestasi kepada kebertanggungjawaban syarikat terhadap pihak berkepentingan dalam industri yang mana memberikan sumbangan besar kepada kejayaan dan surviv-al perniagaan pada masa lepas, kini dan masa hadapan. Jadi, kertas kerja ini membincangkan teori dan berkaitan tanggungjawab sosial korporat sebagai teras kefahaman. Kemudian, klasifikasi dan rasionaliti perlaksanaan tanggung-jawab sosial korporat dibincangkan bagi memperkukuhkan kefahaman mengenai tanggungjawab sosial korporat dalam konteks syarikat korporat ICT. Prinsip Islam pula diutarakan bagi menyokong perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat lantaran kegagalan sistem ekonomi barat sedia ada dalam me-nangani isu ini. Akhir sekali, cadangan-cadangan dikemukakan sebagai mekanisme bagi mempertingkatkan perlaksaan tanggungjawab sosial korporat di kalangan syarikat ICT.