Reflektika
Vol 11, No 2 (2016)

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN USAHAWAN MIKRO DALAM MEMBANTU USAHAWAN BUMIPUTRA ISLAM

Tengku Maaidah (Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA)



Article Info

Publish Date
01 Aug 2016

Abstract

Usahawan Mikro adalah revolusi dalam pengurusan pembangunan usahawan MARA (Majlis Amanah Rakyat) iaitu sebuah institusi pembangunan usahawan dan pendidikan Bumiputra. Maka program Usahawan Mikro telah berkerjasama dengan (PBT)Pihak berkuasa Tempatan untuk menjayakan program ini. Oleh itu Program pembangunan usahawan Mikro MARA-PBT merupakan satu program yang di usahakan untuk menyelesaikan masalah penjaja haram yang tumbuh seperti cendawan, terutamanya bumiputra Islam. Sebagai sebuah agensi kerajaan, MARA mengambil inisiatif untuk membantu PBT mengurangkan masalah penjaja haram melalui konsep win to win. Dimana MARA sebagai pemberi geran, perunding sebagai pelaksana, PBT sebagai pemberi lesen dan usahawan dapat di bangunkan. Kertas kerja ini akan membincangkan model, kaedah perlaksanaan dan keberkesanan serta permasalahan perlaksanaan program pembangunan usahawan Mikro di seluruh selangor dalam ketogeri bandar maju (petaling jaya) dan bandar membangun (kajang). Pendekatan kualitatif dengan meninjau dan menemubual peserta usahawan mikro dan perunding MARA, serta mengkaji bahan bahan bertulis sepertil jurnal, laporan prestasi program, laporan prestasi peserta, data koparat MARA dan laman sesawag,. Hasil daripada kajian yang dijalankan, model dan kaedah perlaksanaan program mampu untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi peniaga (penjaja haram) dengan ilmu pengurusan kewangan dan bimbingan perniagaan serta lesen perniagaan. Manakala terdapat beberapa orang peserta yang bersikap tidak patuh dengan peraturan PBT dengan membesarkan saiz kiosk dan tidak mahu berniaga di tempat yang di luluskan, malah faktor pendidikan juga mengambil masa dalam membentuk perubahan pemikiran usahawan semasa bimbingan. Kajian ini merupakan sesuatu yang amat bermakna dalam menilai keberkesanan program pembangunan usahawan Mikro.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

reflektika

Publisher

Subject

Religion Education

Description

Reflektika is a peer-reviewed journal which is highly dedicated as public space to deeply explore and widely socialize various creative and brilliance academic ideas, concepts, and research findings from the researchers, academicians, and practitioners who are concerning to develop and promote the ...