Tasnim Abdul Rahman
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Reconstruction of Islamic Law Using Mahmoud Mohamed Taha's Approach Ahmad Nabil Amir; Tasnim Abdul Rahman
Jurnal Keilmuan dan Keislaman Vol. 4, No. 2, Juni 2025
Publisher : Universitas Muhammadiyah Surakarta

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.23917/jkk.v4i2.423

Abstract

Makalah ini meninjau idea-idea politik dan hukum Al-Ustaz Mahmoud Mohamed Taha (1909-1985), pandangannya tentang syariat, nilai-nilai kebebasan, dan aspirasi pembaharuannya. Fikrah ini diketengahkan dalam karyanya The Second Message of Islam, yang mencerminkan hasrat perubahan, kemodenan, dan penggemblengan masyarakat Muslim yang moden, egaliter, demokratik, dan liberal. Ia turut menyorot perkembangan politik yang intens di zamannya dengan pendirian Parti Republican (Jumhuri Party), yang dibentuk oleh Taha pada 1945 dalam konteks perjuangan kebangsaan Sudan pada akhir Perang Dunia Kedua bagi menuntut kemerdekaan dan sebagai wadah politik yang penting dalam menentang kewenangan dan kebobrokan rezim Jaafar Al-Numeiry yang bersifat anti-imperialis dan anti-monarkis. Kaedah penelitian ini berdasarkan tinjauan kualitatif berbentuk kajian pustaka dan analisis kandungan. Penemuan kajian menunjukkan perjuangan Taha yang radikal dalam memperjuangkan prinsip kebebasan dan keadilan ini berakar dari faham Islam yang moden, terbuka, egaliter, dan bebas yang dianjurkannya. Ini dimaknai oleh ideologi politik yang progresif dan demokratik yang diilhamkan, yang mendasari falsafahnya yang transenden dan menjelmakan kekuatan spiritual, moral, humanis, serta nilai-nilai religius yang intrinsik dalam Islam.