Safarina Ujang
Universiti Kebangsaan Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Pelaksanaan Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab, Fardu Ain ( j-QAF) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi Safarina Ujang; Norshidah Mohamad Salleh
Jurnal ORTOPEDAGOGIA Vol 4, No 1 (2018): July
Publisher : Universitas Negeri Malang

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (287.402 KB) | DOI: 10.17977/um031v4i12018p059

Abstract

Artikel ini adalah satu meta analisis berkaitan program j-QAF yang dilaksanakan di Malaysia dalam program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI). Oleh sebab kebanyakan Guru Pendidikan Islam yang melaksanakan j-QAF dalam Program Pendidikan Khas Integrasi adalah tidak berlatarkan belakangkan pengkhususan dalam bidang Pendidikan Khas maka terdapat permasalahan yang dihadapi oleh guru sebagai pelaksananya. Objektif artikel ini ialah untuk mengenal pasti  pengetahuan Guru Pendidikan Islam (GPI) melaksanakan j-QAF dalam program Pendidikan Khas. Selain itu tujuannya adalah untuk mengetahui tahap kesediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam Program Pendidikan Khas Integrasi. 34 artikel telah dianalisis berkaitan dengan kata kunci yang berkaitan dengan program j-QAF . Artikel yang dirujuk bagi reka bentuk kajian meta analisis ini didapati daripada Jurnal Pendidikan Islam, Jurnal Pendidikan  dan prosiding yang dicapai menggunakan pangkalan data EBSCOHOST . Dapatan daripada analisis artikel ini menunjukkan bahawa pengetahuan Guru Pendidikan Islam berkaitan pelaksanaan  j-QAF dalam Program Pendidikan Khas masih berada pada tahap sangat rendah. Manakala tahap kesediaan Guru Pendidikan Islam melaksanakan j-QAF dalam Program Pendidikan Khas Integrasi adalah sederhana dan perlu kepada pengukuhan pedagogi pengajaran Murid Berkeperluan Khas. Hasil  daripada penulisan artikel ini akan  dapat menambah pengetahuan dan memperbaiki amalan pengajaran serta memantapkan pelaksanaan  j-QAF dalam Program Pendidikan Khas Integrasi.