Mohd Isha Awang
Universiti Utara Malaysia

Published : 9 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 3 Documents
Search
Journal : Proceedings of The ICECRS

AMALAN PEDAGOGI BERPUSATKAN PELAJAR DAN MASALAH YANG DIHADAPI GURU-GURU PELATIH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAMALKAN PEDAGOGI BERPUSATKAN PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM Abdull Sukor Shaari; Mohd Izam Ghazali; Nurahimah Mohd Yusof; Mohd Isha Awang
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (702.928 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.531

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 memberi penekanan kepada komunikasi, kolaborasi, kritikal dan kreativiti namun sehingga kini, masih ramai guru pelatih masih mengamalkan pembelajaran berpusatkan guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah amalan pedagogi berpusatkan pelajar oleh guru pelatih program pensiswazahan guru (PPG) yang mengikuti program latihan mengajarmanakala secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menjelaskan (a) kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran berpusatkan pelajar yang sering digunakan semasa praktikum, (b) respons pelajar terhadap aktiviti berpusatkan pelajar yang digunakan semasa praktikum dan (c) meneroka masalah-masalah utama guru pelatih dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan empat guru pelatih mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di Kedah yang sedang mengikuti PPG di Universiti Utara Malaysia. Data kajian dikumpul melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis refleksi guru pelatih.
PENEROKAAN AWAL TERHADAP MOTIVASI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA Mohd Isha Awang; Yaakob Daud; Abdull Sukor Shaari; Mohd Hasani Dali; Zulkefli Bahador
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (726.715 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.558

Abstract

Motivasi telah lama dikenal pasti sebagai salah satu faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran bahasa (Gardner, 1985). Kajian ini meneliti jenis dan tahap motivasi pembelajaran bahasa Melayu (integrative dan instrumental) dalam kalangan 100 orang mahasiswa di sebuah universiti awam di Malaysia. Kajian rintis ini menggunakan instrument soal selidik yang disesuaikan daripada Gardner Attitude / Motivation Test Batery (AMTB). Data dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kajian awal ini mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap motivasi yang tinggi sama ada motivasi integratif mahupun motivasi instrumental. Dari segi penggunaan dan kembimbangan menggunakan bahasa Melayu pula, kajian mendapati tahap penggunaan Bahasa Melayu adalah memberangsangkan sementara kebimbangan sampel kajian dalm menggunakan Bahasa Melayu pada tahap sederhana. Berdasarkan penemuan ini, beberapa implikasi pembelajaran motivasi relevan dan berguna disyorkan untuk peningkatan dan penambahbaikan motivasi pelajar
HUBUNGAN DI ANTARAIKLIM SEKOLAH DAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU Mohd Saifulkhair Omar; Mohd Faizul Mohd Noor; Mohd Isha Awang
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (758.811 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.572

Abstract

Keperluan untuk mewujudkan iklim sekolah yang positif semakin mendapat perhatian serius daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sehinggalah kepada pengetua sekolah. Iklim sekolah yang positif akan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan memartabatkan sistem pendidikan di negara kita. Hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru adalah positif (Muhammad Arifin, 2015). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan kerja guru dan tahap iklim di sekolah menengah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Di samping itu, kajian ini berhasrat untuk mendapatkan hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah tersebut. Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru bagi sekolah berlainan gred. Data yang diperoleh melalui kaedah soal selidik ke atas 105 orang guru akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program Statistical Package For The Social Science (SPSS) 21.0 Window 7. Dapatan kajian menunjukkan tahap iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah Kuala Nerus adalah sederhana. Di samping itu, terdapatnya perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru di kedua-dua kategori sekolah tersebut iaitu sekolah menengah gred A menunjukkan tahap kepuasan guru lebih rendah dan di sekolah menengah gred B menunjukkan tahap kepuasan guru lebih tinggi. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi iklim sekolah di kedua-dua kategori sekolah tersebut, walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan tahap iklim di sekolah menengah gred A adalah lebih rendah berbanding sekolah menengah gred B. Seterusnya kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan positif yang kuat di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru. Bagi domain kepuasan kerja guru pula, domain tanggungjawab menunjukkan min tertinggi, manakala domain keselamatan menujukkan min terendah. Akhir sekali, implikasi dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu bidang ilmu, teoritikal dan juga praktikal