This Author published in this journals
All Journal RITME
Mohd Zaihidee Arshad
University Pendidikan Sultan Idris - Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

PENDEKATAN INTERDISIPLIN DALAM KAJIAN KUALITATIF. (KEARIFAN TEMPATAN WARISAN KRAF BULUH: SIMBOLISME MINDA DAN WATAK DALAM SOSIO-BUDAYA MULTI ETNIK SARAWAK) Mohd Zaihidee Arshad
RITME Vol 2, No 2 (2016)
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan interdisiplin dalam kajian menekankan persoalan permasalahan dapat dijawab secara menyeluruh, berkesan dan bermakna. Warisan kraf buluh dalam sosio-budaya multi etnik di Sarawak mencakup pelbagai aspek kehidupan dalam memenuhi keperluan psikologi, sosiologi dan antroplogi yang tidak terpisah dengan sejarah kehidupan dan sejarah kesenian manusia. Pendekatan interdisiplin yang digunakan dalam kajian dapat menjelaskan cakupan pelbagai aspek keperluan kehidupan manusia.  Apa, mengapa dan bagaimana yang berlaku dalam permasalahan kehidupan diterjemahkan. Dalam konteks ini, penyelidik mengajak audien melihat bagaimana interdisiplin berfungsi dalam kajian. Interpretasi yang dilakukan lebih berfokus dan bermakna apabila beberapa teori berkaitan seperti Teori Sosial Parsons dan Teori Seni Langer digunakan. Kaedah kepustakaan, temu bual, pemerhatian dan analisis objek kraf dilakukan melalui pendekatan yangdigunakan. Data diinterpretasi dan diproses secara Analisis Interaktif Miles dan Huberman. Tiga komponen analisis digunakan iaitu (1) reduksi data  (2) menyajikan data dan  (3) membuat kesimpulan atau verifikasi. Proses Reduksi data berguna dalam kajian ini untuk menajamkan dan mengorganisasikan kesimpulan analisis.  Dapatan menunjukkan kewujudan kraf buluh sebagai simbolisme dalam sosiobudaya multi etnik di Sarawak sangat berhubung rapat dengan minda dan tingkah laku masyarakat tersebut sehingga dapat membentuk kesenian dan kebudayaan dengan identiti yang tersendiri.