Kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan interdisiplin dalam kajian menekankan persoalan permasalahan dapat dijawab secara menyeluruh, berkesan dan bermakna. Warisan kraf buluh dalam sosio-budaya multi etnik di Sarawak mencakup pelbagai aspek kehidupan dalam memenuhi keperluan psikologi, sosiologi dan antroplogi yang tidak terpisah dengan sejarah kehidupan dan sejarah kesenian manusia. Pendekatan interdisiplin yang digunakan dalam kajian dapat menjelaskan cakupan pelbagai aspek keperluan kehidupan manusia. Apa, mengapa dan bagaimana yang berlaku dalam permasalahan kehidupan diterjemahkan. Dalam konteks ini, penyelidik mengajak audien melihat bagaimana interdisiplin berfungsi dalam kajian. Interpretasi yang dilakukan lebih berfokus dan bermakna apabila beberapa teori berkaitan seperti Teori Sosial Parsons dan Teori Seni Langer digunakan. Kaedah kepustakaan, temu bual, pemerhatian dan analisis objek kraf dilakukan melalui pendekatan yangdigunakan. Data diinterpretasi dan diproses secara Analisis Interaktif Miles dan Huberman. Tiga komponen analisis digunakan iaitu (1) reduksi data (2) menyajikan data dan (3) membuat kesimpulan atau verifikasi. Proses Reduksi data berguna dalam kajian ini untuk menajamkan dan mengorganisasikan kesimpulan analisis. Dapatan menunjukkan kewujudan kraf buluh sebagai simbolisme dalam sosiobudaya multi etnik di Sarawak sangat berhubung rapat dengan minda dan tingkah laku masyarakat tersebut sehingga dapat membentuk kesenian dan kebudayaan dengan identiti yang tersendiri.
Copyrights © 2016