Rahimin Affandi Abd. Rahim
Academy of Islamic Studies, University of Malaya, Kuala Lumpur.

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

ISTIADAT PERTABALAN DIRAJA SEBAGAI MEKANISME KE ARAH SISTEM PEMERINTAHAN BERDAULAT Rahimin Affandi Abd. Rahim
Al-Banjari : Jurnal Ilmiah Ilmu-Ilmu Keislaman Vol. 20 No. 2 (2021)
Publisher : Pascasarjana UIN ANTASARI Banjarmasin

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.18592/al-banjari.v20i2.3822

Abstract

Hugh Clifford  pernah menulis dalam catatannya The Court and Kampung -   ‘Until British interference changed the conditions which existed in Pahang, that country was the best type of an independent Malay State in the Peninsula, and much that was to be seen and learned in Pahang, in the days before the appointment of a British Resident, cannot now be experienced in quite the same measure anywhere else’. Kenyataan ini menyokong kuat wujudnya pentadbiran yang baik di negeri Pahang sebelum kedatangan British ke negeri ini. Mempunyai landskap geografi sebagai negeri paling luas di Semenanjung Malaysia, sudah pasti negeri ini memerlukan satu  sistem pentadbiran yang  berkesan dan kedaulatan raja memerintah yang hebat agar ia mampu berdiri teguh menyantuni sekian ramai rakyatnya. Periode Kesultanan Pahang Moden membuktikan mereka sebagai pendukung institusi ini begitu menghargai amalan istiadat nenek moyang sehingga ia menjadi premis asas pemerintahan di setiap generasi. Kajian ini bakal  mengupas istiadat pertabalan diraja negeri Pahang dengan penelitian terhadap  tatacara, falsafah dan akhirnya menjurus kepada satu dapatan bagaimana istiadat pertabalan diraja ini mampu berfungsi sebagai satu mekanisme kearah mewujudkan pemerintahan berdaulat. Metode yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan  dengan memperinci falsafah disebalik tatacara istiadat pertabalan diraja yang diamalkan di negeri Pahang. Turut dihuraikan isi kandung sistem adat istiadat diraja yang diamalkan melalui catatan dari naskah-naskah  klasik. Hasilnya dapatlah disimpulkan, hebatnya sesebuah pemerintahan bukan sahaja ditandai oleh pembangunan fizikal malah ia turut digagaskan oleh sebuah institusi pemerintahan yang berdaulat dan mendapat kesetiaan penuh dari rakyat jelata.