Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Hubungan Amalan Pergudangan Dengan Prestasi Organisasi Pergudangan : Pengenalan Kepada Kerangka Konsep Ramli, Azahari; Yusof, Rushaimi Zein; Mohtar, Shahimi
Jurnal Manajemen Teknologi Vol 6, No 2 2007
Publisher : SBM ITB

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (122.616 KB)

Abstract

Pengurus pergudangan meletakkan harapan besar ke atas amalan-amalan yang diamalkan supaya ia dapat menghasilkan prestasi organisasi yang membanggakan. Kajian mengenai amalan pergudangan dan hubungannya dengan prestasi organisasi kurang diberikan tumpuan padahal permintaan ke atas sektor pergudangan adalah kedua tertinggi selepas pengangkutan dalam industri 3PLs. Oleh itu, kerangka konsep yang diperkenalkan ini sedikit sebanyak dapat membantu memperbanyakkan kajian dalam sektor pergudangan.Dengan menjadikan teori RBV sebagai asas untuk kepada pembangunan kerangka konsep mengenai hubungan amalan pergudangan dengan prestasi organisasi pergudangan amat bertepatan sekali kerana teori tersebut menyokong konsep hubungan sumber-sumber organisasi dengan prestasi. Sumber-sumber organisasi seperti sumber manusia, teknologi maklumat, material pengendalian dan jaringan telah dicadangkan dalam kerangka konsep untuk diuji bagi melihat hubungannya dengan prestasi organisasi. Kerangka konsep ini amat sesuai untuk diuji ke atas syarikat yang menjadikan perkhidmatan pergudangan sebagai teras perniagaan mereka.disebabkan survival perniagaan syarikat ini amat bergantung kepada amalan dan prestasi. Kata kunci: Logistik, Pengurusan Rantaian Pembekalan Pengurusan Pergudangan, Strategi Operasi