Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Polisi Zakat Pendidikan di Malaysia: Suatu Kajian ke Arah Pembentukan Model Institusi Pendidikan Azman Ab Rahman; Zahari Mahad Musa; Siti Martiah Anwar
Media Syari'ah Vol 17, No 1 (2015)
Publisher : Sharia and Law Faculty

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.22373/jms.v17i1.1928

Abstract

Pendidikan merupakan keperluan asas bagi setiap insan dan untuk memenuhi keperluan ini ia memerlukan kepada kewangan atau dana yang berterusan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti polisi zakat pendidikan di Malaysia. Disamping itu, kajian dijalankan adalah untuk melihat statistik kutipan dan agihan zakat pendidikan di beberapa buah negeri di Malaysia dan hubungkait statistik berkenaan dengan cadangan pembentukan model institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya menggunakan dana zakat. Hasil kajian ini mendapati bahawa cadangan supaya ditubuhkan sebuah institusi pendidikan yang beroperasi sepenuhnya dengan menggunakan dana zakat adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan memandangkan dana zakat yang diperuntukkan saban tahun semakin meningkat. Diharapkan kajian ini memberikan gambaran yang jelas kepada semua pihak terhadap polisi zakat pendidikan di Malaysia dan cadangan untuk merealisasikan penubuhan sebuah institusi pendidikan yang menggunakan dana zakat sepenuhnya supaya ia dapat memberikan pendidikan yang berterusan kepada golongan asnaf zakat dan mengatasi masalah keciciran dalam pelajaran di kalangan asnaf zakat.