Norzaliza Ghazali
Universiti Utara Malaysia

Published : 3 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 3 Documents
Search

MULTIMEDIA INTERAKTIF MEMPERTINGKATKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS BAHASA MELAYU PENGURUSAN (SBLM 1053) DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Nor Hafidah Ibrahim; Melor Fauzita Md. Yusoff; Norzaliza Ghazali
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (515.404 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.529

Abstract

Kertas kerja ini akan meneliti meneliti keberkesanan inovasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan kemudahan internet. Analisis dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan. Analisis ini dideskripsi dalam bentuk kualitatif. Kaedah utamanya adalah mengumpul data daripada 40 orang pelajar dengan mempraktikkan amalan PdP berdasarkan teknik pengajaran berbantukan kemudahan internet. Penggunaan teknologi terkini dan interaktif seperti muat turun video aplikasi youtube, paparan rakaman video, aplikasi menggunakan ipad dan lain-lain diaplikasikan semasa sesi PdP. Dapatan mendapati teknik PdP berbantukan kemudahan internet amat berkesan dan berjaya mewujudkan suasana yang lebih berinovasi. Bantuan daripada internet serta panduan daripada pensyarah juga memudahkan pelajar terutama ketika mencari bahan serta maklumat berkaitan kursus serta ketika melakukan pembentangan.
GAGASAN PENDIDIKAN AMINUDDIN BAKI DALAM PERJUANGAN GPMS Norzaliza Ghazali; Fatinah Zainon
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (661.27 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.562

Abstract

Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh akademik yang sering memperjuangkan agenda pendidikan sepanjang hayatnya. Dalam hal ini, beliau telah menubuhkan persatuan NGO seperti Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS) untuk meneruskan kelangsungan perjuangannya kepada generasi muda. GPMS ditubuhkan untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan menyedarkan mereka tentang kemunduran orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan. Selain itu, sebagai seorang pejuang budaya dan bangsa, Aminuddin juga sentiasa merancang strategi untuk menjamin kedudukan Bahasa Melayu diletakkan ditempatnya yang hakiki dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan biografi yang mengkaji pemikiran tokoh. Data dikumpulkan menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan pembentukan tema-tema. Kertas kerja ini akan menghuraikan gagasan pemikiran pendidikan Aminuddin Baki yang menjadi aspirasi perjuangan Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS). Idealismenya masih hidup dan sedang dipraktikkan sehingga kini.
PEMBANGUNAN ETOS BUDAYA ETNIK MELAYU MENGHARUNGI PEMODENAN: KAJIAN KES DI PULAU TUBA, LANGKAWI Norzaliza Ghazali; Norhafidah Ibrahim; Melor Fauzita Md Yusoff
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (3077.976 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.651

Abstract

Artikel ini membincangkan pembangunan etos budaya etnik Melayu yang berlaku di Pulau Tuba, Langkawi. Artikel ini bertujuan menilai impak proses pembangunan Langkawi ke atas perubahan pola kependudukan di Pulau Tuba. Data yang digunakan dalam penulisan ini diperolehi daripada kajian lapangan yang telah dilakukan di Pulau Tuba, Langkawi yang merupakan kawasan penempatan masyarakat yang keseluruhannya beragama Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa arus pembangunan ekonomi dan infrastruktur yang berlaku di pulau besar Langkawi hampir dua dekad lalu telah berjaya mengubah ekosistem pulau tersebut. Namun, hasil kajian juga menunjukkan bahawa masyarakat di Pulau Tuba tidak menerima pengaruh yang besar dan masih mengamalkan nilai budaya Melayu tradisi dalam meneruskan kelangsungan hidup.