Haslina Md Yunus, Haslina Md
Unknown Affiliation

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

KEMAHIRAN INSANIAH KE ARAH PEMBENTUKAN POTENSI PELAJAR Yunus, Haslina Md; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap aspek budaya sekolah dan bilik darjah ke arah membentuk kemahiran insaniah ke arah pembentukan potensi pelajar. Budaya sekolah adalah merujuk kepada persekitaran dan aktiviti di peringkat sekolah manakala bilik darjah pula adalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada penerapan kemahiran insaniah iaitu kepimpinan, komunikasi, kemahiran berfikir, pengurusan teknologi dan informasi, interpersonal dan bekerjasama dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 400 orang pelajar dari tiga jenis sekolah iaitu sekolah menengah harian, sekolah menengah agama dan sekolah menengah teknik dan vokasional di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha keseluruhan konstruk berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.73 hingga 0.94. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Hasil kajian menunjukkan aspek sokongan persekitaran budaya sekolah berada di tahap yang sederhana manakala aspek bilik darjah berada di tahap sederhana tinggi manakala amalan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar keseluruhannya berada ditahap sederhana tinggi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa persekitaran sekolah dan aktiviti bilik darjah masih lagi di tahap yang belum memuaskan untuk membentuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar. Oleh itu, pelbagai usaha dan aktiviti perlu disesuaikan mengikut keperluan pelajar dalam membentuk bagi meningkatkan potensi pelajar dengan menggunakan pendekatan kemahiran insaniah.Kata Kunci: Kemahiran Insaniah, Iklim Sekolah, Iklim Bilik Darjah dan Potensi Pelajar.