Claim Missing Document
Check
Articles

Found 19 Documents
Search

PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN BAGI MENGUKUR AMALAN PATRIOTISME DAN TOLERANSI KAUM BELIA PELBAGAI KAUM Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakKajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen bagi mengukur amalan patriotisme dan toleransi kaum dalam kalangan belia di Malaysia. Lima atribut utama dalam Amalan Patriotisme adalah merangkumi aspek (i) Bangga sebagai Rakyat Malaysia; (ii) Setia akan Negara; (iii) Semangat Kekitaan; (iv) Berdisiplin, serta (v) Berusaha dan Produktif. Bagi Toleransi Kaum pula, atribut utama memfokuskan kepada (i) Penerimaan Sosial, (ii) Penghargaan Etnik, (iii) Kompromi, dan (iv) Penyerapan Budaya. Atribut ini merupakan asas utama kepada pembinaan instrumen dalam kajian ini. Pembinaan instrumen ini melibatkan empat tahap. Pertama, rujukan kepelbagaian sumber yang meliputi model, kajian literatur dan soal selidik. Kedua, pengesahan empat orang pakar bagi kesahan muka dan kesahan kandungan, seterusnya diperbaiki berdasarkan cadangan. Ketiga, proses kesahan dan kebolehpercayaan instrumen berdasarkan análisis korelasi ítem dan Alfa Cronbach. Proses ini melibatkan seramai 100 orang responden iaitu Melayu (n=40), Cina (n=30) dan India (n=30) yang dipilih secara rawak di sekitar Lembah Klang, Malaysia. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan kesemua ítem dalam konstruk yang dikaji adalah mempunyai hubungan signikan yang sangat kuat (nilai r melebihi .70). Manakala análisis Alfa Cronbach menunjukkan tahap kebolehperacyaan yang sangat tinggi bagi kesemua ítem iaitu di antara 0.80 hingga 0.95. Kedua-dua análisis ini menunjukkan bahawa keseluruhan ítem bagi setiap konstruk boleh digunakan dalam mengukur tahap amalan patriotisme dan toleransi kaum dalam kalangan belia.Kata Kunci: pembinaan dan pengesahan instrumen, amalan patriotisme, toleransi kaum, belia pelbagai kaum

PERGAULAN DALAM KOMUNITI RUMAH PANJANG DAN HUBUNGANNYA DENGAN MASALAH TINGKAH LAKU PELAJAR IBAN anakNyanggau, Adeline Annet; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakArtikel ini membincangkan isu-isu dan cabaran yang berkaitan dengan pergaulan dan persekitaran sosialmasyarakat Iban di rumah panjang serta hubungannya terhadap masalah tingkah laku pelajar Iban. Masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi Sarawak yang paling ramai bilangannya. Mereka juga dikenali sebagai Dayak Laut atau “Sea Dayak” dan mendiami semua kawasan di Sarawak (ChemalineUsop, 2006). Antara isu-isu yang dibincangkan adalah keciciran yang terjadi di kalangan pelajar Iban kerana masalah tingkah laku, keprihatinan ibu bapa terhadap pembentukan sahsiah pelajar Iban, peranan komuniti rumah panjang dalam mendidik tingkah laku pelajar yang positif dan jenis aktiviti sosial dan pergaulan yang menyebabkan masalah tingkah laku pelajar Iban. Artikel ini juga membincangkan sejauhmanakah aktiviti pergaulan di rumah panjang mempengaruhi tingkahlaku pelajar Iban. Bemtuk-bentuk pergaulan yang menyebabkan terjadinya masalah tingkah laku di kalangan pelajar Iban tersebut. Turut dibincangkan dalam kertas konsep ini adalah teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura pada tahun 1977. Teori ini menekankan tentang peranan persekitaran dalam pembentukan peribadi manusia di mana, pembentukan sahsiah dan peribadi seseorang itu bukan terjadi secara sendiri tetapi dipengaruhi oleh keadaan persekitaran tempat tinggal mereka. Amnya kertas ini akan memberi gambaran awal tentang sosio-budaya di rumah panjang serta interaksi sosial komuniti Iban yang menjurus kepada masalah tingkah laku pelajar.Kata kunci :masalah tingkah laku, pergaulan komuniti Iban,rumah panjang, sosio-budaya
PERANAN GURU DAN PELAJAR DALAM MEMBENTUK HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH Seman, Ahmad Ali; Ahmad, Abdul Razaq; Kimi, Warti Binti
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakSekolah mempunyai tanggungjawab besar sebagai agen penyatuan dan perpaduan. Peranan guru sebagai penggerak dan penyuntik elemen perpaduan dan kesediaan menerima perbezaan dalam kalangan pelajar amatlah penting. Kelangsungan kestabilan Negara terletak pada kelangsungan hubungan yang baik antara kaum. Jika hubungan ini terjejas, maka timpanglah bangsa dan Negara Malaysia. Kajian ini dilakukan untuk menilai kembali agenda hubungan etnik dalam pendidikan dengan objektif melihat peranan guru menjayakan konsep hubungan etnik kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 menggunakan Modul Kepelbagaian Budaya dengan memasukkan elemen etnisiti. Sesuai dengan tujuan kajian ini, elemen etnisiti telah digarap menggunakan Modul kepelbagaian budaya kepada sampel kajian selama 15 minggu, kemudian pengkaji melaksanakan pemerhatian sebanyak 7 kali untuk melihat penerimaan pelajar dan perubahan tingkahlaku menggunakan empat skala kekerapan Matlamat Integrasi Nasional merupakan dasar yang luhur bagi menggerakkan peranan sekolah dan pendidikan sebagai agen dan saluran pentingberasaskan teori multi cultural (kepelbagaian budaya) penyelidik merumuskan tiga perspektif utama yang bersesuaian dengan kehendak penyelidikan ini.Sepanjang aktiviti pembelajaran di laksanakan menggunakan kepelbagaian sumber dan kaedah, didapati persepsi pelajar terhadap hubungan etnik lebih terbuka dan positif. Daripada tiga elemen tingkahlaku berkaitan hubungan etnik yang diperhatikan iaitu persefahaman budaya, toleransi kaum dan identiti kebangsaan didapati elemen tingkahlaku yang mengarah kepada persefahaman budaya dan toleransi kaum adalah lebih tinggi dan meningkat berbandingaspek identiti kebangsaan, hal ini menunjukkan kecenderungan pelajar untuk terus kekal dengan identiti etnik berbanding menyerap identiti kebangsaan namun sedia pula menerima perbezaan yang wujud. Pelajar mengakui kepentingan memelihara perpaduan dan menghormati adat budaya pelbagai kaum malah turut menyatakan kebencian kepada sikap rasis dan perkauman.Kata Kunci : Peranan Guru, Perspektif Kepelbagaian Budaya, Integrasi Nasional
KOMPENTENSI GURU TERHADAP APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Md Rais, Ahmad Rizal; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru banyak membantu meningkatkan kualiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik bagi mengenalpasti tahap kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan penggunaan serta hubungannya terhadap aplikasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 410 responden yang terdiri dari guru-guru di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi zon Utara, Timur, Tengah dan Selatan. Data kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS 19.0. Analisis deskriptif adalah min dan sisihan lazim manakala analisis inferensi pula adalah Manova, Kolerasi dan Regrasi. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha kesemua konstruk kajian berada di tahap kebolehpercayaan yang tingi iaitu diantara 0.776 hingga 0.948. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran, dan penggunaan keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi. Begitu juga dengan tahap aplikasi TMK dalam pembelajaran. Manakala, analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang kuat diantara kompetensi guru dari aspekkemahiran dan penggunaan terhadap aplikasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, kompetensi dari aspek pengetahuan mempunyai hubungan yang sederhana sahaja terhadap proses aplikasi pengajaran dan pembelajran. Implikasi kajian mendapati kompetensi guru dalam kemahiran dan penggunaan amat memberi kesan kepada guru dalam mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajran. Justeru, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai kemudahan di peringkat sekolah bagi membudayakan TMK dalam kalangan guru.Kata Kunci: Teknologi Maklumat dan Kominikasi (TMK), kompetensi guru, aplikasi pembelajaran
SOSIO-BUDAYA KOMUNITI SETINGGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU PELAJAR IBAN Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Artikel ini membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan sosio-budaya masyarakat Iban di kawasan setinggan dan hubungannya dengan tingkah laku pelajar Iban di sekolah. Pada amnya, masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi yang banyak mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Namun, kini masyarakat ini telah banyak yang berhijrah ke kawasan bandar dan tinggal di kawasan setinggan kerana kos sara hidup yang tinggi. Dalam penghijrahan mereka, mereka tidak lupa pada amalan dan budaya yang mereka amalkan sewaktu berada di rumah panjang dahulu. Dengan itu, kewajaran peranan sosio-budaya masyarakat Iban dalam membentuk tingkah laku pelajar menjadi isu yang patut diambil berat. Beberapa sosio-budaya masyarakat Iban yang disalahertikan oleh pelajar dalam pembentukan tingkah laku harus dikenalpasti kerana ini penting dalam cabaran untuk mengubah ‘mind set’ masyarakat Iban kearah tingkah laku yang lebih positif tanpa perlu meninggalkan amalan dan aktiviti sosio-budaya yang sedia ada. Artikel ini menggunakan pendekatan teori sosio-budaya yang dipelopori oleh Vygotsky serta Albert Bandura dimana ia bertujuan untuk melihat peranan sosio-budaya, jenis sosio-budaya serta kesangupan untuk mengubah minda terhadap pembentukan tingkah laku pelajar berdasarkan jantina dan kategori umur. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dimana protocol temubual ditranskripkan bagi analisis bertema yang melibatkan pelajar Iban di kawasan pedalaman Sarawak. Dengan itu, diharap setiap isu dan cabaran yang dikemukakan dapat menarik minat pihak berkepentingan untuk membantu memperbaiki segala kekurangan yang ada.Kata Kunci: sosio-budaya, setinggan, masyarakat Iban, tingkah laku, pelajar
KEMAHIRAN INSANIAH KE ARAH PEMBENTUKAN POTENSI PELAJAR Yunus, Haslina Md; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap aspek budaya sekolah dan bilik darjah ke arah membentuk kemahiran insaniah ke arah pembentukan potensi pelajar. Budaya sekolah adalah merujuk kepada persekitaran dan aktiviti di peringkat sekolah manakala bilik darjah pula adalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada penerapan kemahiran insaniah iaitu kepimpinan, komunikasi, kemahiran berfikir, pengurusan teknologi dan informasi, interpersonal dan bekerjasama dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik bagi mendapatkan maklumat. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah yang melibatkan seramai 400 orang pelajar dari tiga jenis sekolah iaitu sekolah menengah harian, sekolah menengah agama dan sekolah menengah teknik dan vokasional di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hasil kajian rintis berdasarkan analisis Cronbach Alpha keseluruhan konstruk berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu antara 0.73 hingga 0.94. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif iaitu min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian SPSS 22.0. Hasil kajian menunjukkan aspek sokongan persekitaran budaya sekolah berada di tahap yang sederhana manakala aspek bilik darjah berada di tahap sederhana tinggi manakala amalan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar keseluruhannya berada ditahap sederhana tinggi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa persekitaran sekolah dan aktiviti bilik darjah masih lagi di tahap yang belum memuaskan untuk membentuk kemahiran insaniah di kalangan pelajar. Oleh itu, pelbagai usaha dan aktiviti perlu disesuaikan mengikut keperluan pelajar dalam membentuk bagi meningkatkan potensi pelajar dengan menggunakan pendekatan kemahiran insaniah.Kata Kunci: Kemahiran Insaniah, Iklim Sekolah, Iklim Bilik Darjah dan Potensi Pelajar.
KEPENTINGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) BAGI GURU BUKAN OPSYEN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN RETROSPEKTIF DI MALAYSIA Awang, Mohd Mahzan; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentinganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) bagi guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Kajian retrospektif ini melibatkan 10 kajian terdahulu dalam Malaysia yang berkait rapat dengan konsep PPIK tersebut. Kajian ini ingin melihat sejauhmana kepentingan PPIK terhadap guru, dan pelajar dalam meningkatkan kualiti seorang pendidik. Hasil analisa terhadap kajian-kajian ini mendapati PPIK merupakan ciri utama yang perlu ada dalam pengajaran dan pembelajaranterutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Dengan adanya kajian ini,kepentingan menerapkan konsep PPIK kepada semua guru Sejarah adalah tinggi apatah lagi terhadap guru bukan opsyen Sejarah.
PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN TEMPAT KERJA DI KOLEJ KOMUNITI: KONSEP, LATAR BELAKANG, ISU DAN CABARAN Che Ali, Noor Aziawati; Awang, Mohd Mahzan; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Program Berasaskan Kerja (PBK) adalah satu pendekatan pembelajaran yang semakin popular di Malaysia amnya. Perlaksanaan PBK ini telah bermula di kolej komuniti dan kemudiannya di politeknik. PBKmerupakan satu program pembelajaran yang berteraskan situasi kerja sebenar atau hands-on yang melibatkan industri. Seharusnya pihak industri perlu melibatkan diri secara aktif dalam program ini yang bertindak sebagai pemangkin dan menyediakan platform bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program PBK namun penglibatan pihak industri masih kurang dari yang diharapkan. Oleh itu, kertas konsep ini dihasilkan untuk mengupas konsep, latar belakang, isu dan cabaran berkaitan pembelajaran berasaskan kerja di kolej komuniti dimana pihak kolej komuniti dan pihak majikan atau stateholder berkolaboratif memperbaiki bentuk latihan yang efesien dan komprehensif dalam menghasilkan pakar-pakar yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi berkemahiran tinggi di kalangan negara maju.Kata Kunci : Program Berasaskan Kerja (PBK), kolej komuniti
PENDEKATAN PENILAIAN PROGRAM: SATU KAEDAH PELAKSANAAN Tahar, Norazrine Abdul; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kepentingan dalam menawarkan program penilaian yang diakui oleh pendidik lanjutan, tetapi penekanan terhadap memahami pelaksanaan program kurang diberi perhatian. Dengan hanya menilai kesan atau impak program tanpa kefahaman yang jelas tentang sejauh mana program itu benar-benar berlaku boleh menyebabkan penemuan yang tidak tepat dan sah. Dengan melihat keberkesan program tersebut dari segi impak dan penilaian akan menyebabkan pendidik lanjutan mempunyai keupayaan untuk melihat perspektif program secara holistik dan menyebarkan amalan yang terbaik dari program tersebut