Noria Munirah Yakub, Noria Munirah
Unknown Affiliation

Published : 3 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 3 Documents
Search

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH ABAD KE-21: ISU DAN CABARANAbstrak Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang tidak boleh terpisah daripada perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan ini memberi pengaruh yang besar kepada sektor pendidikan ne Binti Baharuddin, Munirah Husna; B. Ahmad, Abdul Razaq; Yakub, Noria Munirah
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang tidak boleh terpisah daripada perkembangan sains dan teknologi. Perkembangan ini memberi pengaruh yang besar kepada sektor pendidikan negara dan transformasi dilakukan untuk memenuhi keperluan masyarakat abad ke-21 yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perubahan yang dilakukan oleh kerajaan berpandukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang telah dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ia merupakan persiapan untuk menyediakan generasi yang berkualiti bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Transformasi ini memberi impak yang besar kepada bidang pendidikan dan pendidikan sejarah turut mengalami perubahan dan ia akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kertas konsep ini membincangkan cabaran, isu dan masalah berkaitanpendidikan abad ke-21 terutamanya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah. Perbincangan akan menjurus kepada kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Kemahiran-kemahiran tersebut perlu diteliti dan diperhalusi untuk memperkasakan pendidikan sejarah. Kertas konsep ini turut membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan cabaran pendidikan abad ke-21 dan mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk memperkasakan pendidikan sejarah di peringkat guru, pelajar dan sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Kata Kunci: Abad ke-21, kemahiran abad ke-21, teknologi maklumat, transformasi, pendidikan sejarah, pengajaran dan pembelajaran.
PENGGUNAAAN PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH Ahmad, Abdul Razak; Yakub, Noria Munirah
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Pelbagai inovasi dalam bidang kurikulum telah dilaksanakan supaya pendidikan dapat berubah selari dengan transformasi yang berlaku.Inovasi ini telah membawa kepada satu mata pelajaran baru kepada pendidikan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia dimana mata pelajaran sejarah disekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 2014.Bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan kemahiran berfikir, KPM telah memperkenalkan program i-Think.Kertas kerja ini akan membincangkan tentang penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap kemahiran berfikir dalam mata pelajaran sejarah. Pendekatan i-Think amat penting bagi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid dalam mempelajari mata pelajaran sejarah.Hal ini kerana, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran yang penuh dengan fakta, peristiwa dan tahun.Selain itu, kertas kerja ini juga turut meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan sejarah dan perlaksanaan sesuatu isu dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Kata kunci: i-Think, kemahiran berfikir, mata pelajaran sejarah
PEMBELAJARAN BERTERASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH Mohd Daud, Norakma Binti; Ahmad, Abdul Razak; Yakub, Noria Munirah
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT) merupakan salah satu langkah yang dilakukan atau diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan pelajar serta meningkatkan inovasi di dalam semua mata pelajaran yang diketengahkan di samping menambahbaik serta meningkatkan taraf pencapaian pelajar di dalam semua mata pelajaran termasuklah dalam mata pelajaran sejarah yang sering kali dianggap sebagai mata pelajaran yang kurang diminati dan sukar untuk pelajar mendapat pencapaian yang memberangsangkan di dalam peperiksaan. kertas kerja ini bertujuan meneroka dan membincangkan tentang keberkesanan KBAT di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah terhadap pemahaman dan pencapaian pelajar. Malahan, kertas kerja ini juga bertujuan melihat kaedah,penggunaan model dan bahan-bahan yang digunakandalam melaksanakan KBAT semasa di dalam bilik darjahketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini secara tidak langsung akan memfokuskan kepada ciri-ciri di dalam KBAT yang perlu di asah dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.Malahan, kertas kerja ini juga turut mengetengahkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu dan perbincangan mengenai KBAT serta cabaran yang perlu di hadapi dan ditangani di dalam melaksanakan KBAT di dalam pendidikan sejarah. Bukan itu sahaja, kertas kerja ini juga dilampirkan dengan cadangan-cadangan yang boleh dimanfaatkan bagi melaksanakan KBAT di dalam sistem pendidikan di Malaysia.Kata kunci : KBAT dalam pendidikan sejarah, pemahaman dan pencapaian pelajar.