Abdul Razak Ahmad, Abdul Razak
Unknown Affiliation

Published : 7 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 7 Documents
Search

BUDAYA BELAJAR BAGI ETNIK CINA DI MALAYSIA; PERSPEKTIF ALUMNI, IBU BAPA DAN GURU PELATIH Shah Sitam1, Mohamad Iskandar; Ahmad, Abdul Razak; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Enrolmen murid bukan Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menimbulkan pelbagai cabaran seperti bahasa pengantar, proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran kepelbagaian, perpaduan etnik dan penyesuaian budaya belajar. Artikel ini meneroka budaya belajar etnik Cina di Malaysia dari perskpektif alumni sekolah vernakular Cina dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut berkenaan budaya belajar etnik Cina. Murid pelbagai etnik bukan Cina perlu menyesuaikan diri dengan budaya belajar bagi etnik Cina untuk memastikan proses pembelajaran mereka bermakna dan memastikan kemenjadian mereka sebagai murid. Dapatan daripada analisis temubual di banding dan dibincangkan untuk memerihalkan budaya belajar murid etnik Cina.Asas budaya belajar etnik Cina dikaitkan dengan pegangan iaitu “practice make perfect”. Di samping itu kata-kata seperti “ biar kita miskin tapi jangan kita biarkan diri kita miskin ilmu”, “kita hidup untuk belajar … kita belajar, belajar sampai mati” dan “hormatilah orang tua, seolah-olah kamu menghormati ibu bapa kamu”turut menggambarkan budaya yang mempengaruhi adab belajar murid-murid di SRJKC.Enam ciri budaya belajar etnik Cina yang menonjol adalah menghafal, latih tubi, penyempurnaan tugasan atau kerja rumah,latihan tambahan, pelbagai rujukandan menghadiri tuisyen.Kata Kunci : Sekolah Vernakular, menghafal, latih tubi,kerja rumah ,tuisyen
PENGETAHUAN KOMPETENSI KE ARAH PENINGKATAN APLIKASI KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU SEJARAH Ali, Mohd Fauzi; Ahmad, Abdul Razak; Shah Sitam, Mohamad Iskandar
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru sejarah ke arah meningkatkan tahap profesionalisme. Kompetensi yang dikaji adalah berkaitan dengan pengetahuan dan aplikasi yang berkaitan dengan kandungan kurikulum sejarah, pedagogi sejarah, penggunaan bahan bantu mengajar, ICT serta penerapan nilai patriotisme dan pemikiran sejarah. Kaedah kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik dan ujian serta kaedah temu bual juga turut dilaksanakan bagi memperkukuhkan dapatan kajian. Sampel kajian melibatkan seramai 850 orang guru-guru sejarah Sekolah Menengah yang juga dikaji berdasarkan latar belakang seperti jantina yang dipilih secara rawak. Kajian rintis dijalankan terhadap 80 orang guru dari sekolah yang tidak terlibat dalam sampel kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan setiap komponen yang dikaji mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian menunjukkan menunjukkan pengetahuan dan kompetensi aplikasi guru sejarah berada pada tahap sederhana. Analisis inferensi Manova menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru sejarah berdasarkan jantina. Manakala terdapat perbezaan yang signifikan aplikasi kompetensi guru sejarah berdasarkan jantina. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan antara pengetahuan guru sejarah dengan kompetensi aplikasi guru sejarah. Kajian ini memberi implikasi kepada pelbagai pihak untuk dapat meningkatkan lagi kompetensi dalam kalangan guru dan memfokuskan kepada peningkatan pedagogi guru sejarah.Kata Kunci: Kompetensi, profesionalisme, pengetahuan, aplikasi kemahiran, pedagogi dan jantina
PENGGUNAAAN PETA PEMIKIRAN i-THINK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH Ahmad, Abdul Razak; Yakub, Noria Munirah
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Pelbagai inovasi dalam bidang kurikulum telah dilaksanakan supaya pendidikan dapat berubah selari dengan transformasi yang berlaku.Inovasi ini telah membawa kepada satu mata pelajaran baru kepada pendidikan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia dimana mata pelajaran sejarah disekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 2014.Bagi meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan kemahiran berfikir, KPM telah memperkenalkan program i-Think.Kertas kerja ini akan membincangkan tentang penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap kemahiran berfikir dalam mata pelajaran sejarah. Pendekatan i-Think amat penting bagi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid dalam mempelajari mata pelajaran sejarah.Hal ini kerana, mata pelajaran sejarah merupakan mata pelajaran yang penuh dengan fakta, peristiwa dan tahun.Selain itu, kertas kerja ini juga turut meninjau kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu-isu pendidikan sejarah dan perlaksanaan sesuatu isu dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Kata kunci: i-Think, kemahiran berfikir, mata pelajaran sejarah
PEMBELAJARAN BERTERASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH Mohd Daud, Norakma Binti; Ahmad, Abdul Razak; Yakub, Noria Munirah
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi ( KBAT) merupakan salah satu langkah yang dilakukan atau diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan pelajar serta meningkatkan inovasi di dalam semua mata pelajaran yang diketengahkan di samping menambahbaik serta meningkatkan taraf pencapaian pelajar di dalam semua mata pelajaran termasuklah dalam mata pelajaran sejarah yang sering kali dianggap sebagai mata pelajaran yang kurang diminati dan sukar untuk pelajar mendapat pencapaian yang memberangsangkan di dalam peperiksaan. kertas kerja ini bertujuan meneroka dan membincangkan tentang keberkesanan KBAT di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah terhadap pemahaman dan pencapaian pelajar. Malahan, kertas kerja ini juga bertujuan melihat kaedah,penggunaan model dan bahan-bahan yang digunakandalam melaksanakan KBAT semasa di dalam bilik darjahketika berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini secara tidak langsung akan memfokuskan kepada ciri-ciri di dalam KBAT yang perlu di asah dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.Malahan, kertas kerja ini juga turut mengetengahkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu dan perbincangan mengenai KBAT serta cabaran yang perlu di hadapi dan ditangani di dalam melaksanakan KBAT di dalam pendidikan sejarah. Bukan itu sahaja, kertas kerja ini juga dilampirkan dengan cadangan-cadangan yang boleh dimanfaatkan bagi melaksanakan KBAT di dalam sistem pendidikan di Malaysia.Kata kunci : KBAT dalam pendidikan sejarah, pemahaman dan pencapaian pelajar.
KREATIVITI GURU DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN SEJARAH Bt Che Mohd Noor, Siti Zubaidah; Ahmad, Abdul Razak
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakKreativiti merupakan tunggak yang penting pada masa kini dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan.Pemupukan kreativiti adalah penting dalam kalangan guru bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif dan pemikiran kritis dalam menjana idea pelajar.Maka, kertas kerja ini membincangkan tentang kreativiti guru dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan sejarah.Dalam merentas arus pemodenan dan globalisasi, pelbagai isu dan cabaran terpaksa dihadapi oleh sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran sejarah.Selaras dengan pemikiran pelajar yang beranggapan mata pelajaran sejarah adalah mata pelajaran yang membosankan, maka beberapa pendekatan kreatif dibincangkan dalam kertas kerja ini dalam menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati sejarah yang dipelajari dengan menggunakan model pengajaran berkesan Robert E. Slavin.Kertas kerja ini juga membincangkan cadangan yang dapat dilaksanakan dalam memupuk kreativiti dalam kalangan guru dan juga pelajar.Kata kunci : Kreativiti guru, isu dan cabaran, kaedah pembelajaran kreatif cadangan.
THE RELATION AMONG ETHNICS IN HIGHER EDUCATIONAL INSTITUTION FROM THE PERSPECTIVE OF ETHNOGRAPHY Dawi, Amir Hassan; Dawi, Faridah Karim; Mustapha, Ramlee; Ahmad, Abdul Razak
Historia: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah Vol 10, No 2 (2009): Nationalism, Ethnicity, and National Integrity
Publisher : Prodi. Pendidikan Sejarah FPIPS UPI dan APPS (Asosiasi peneliti dan Pendidik Sejarah)

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (92.12 KB) | DOI: 10.17509/historia.v10i2.12223

Abstract

The relation of ethnics refers to interaction among different ethnics (interethnic) or interaction in the same ethnical groups (intraethnic). The correlation of ethnic in this chapter focuses on the correlation among ethnics (interethnic). The relation among ethnics or peoples has been the main issue discussed in many countries whose citizens are from multi-ethnic. Groups of ethnics building “social border” among the ethnics are potential to create conflicts among them. Social border among ethnics can also cause dissatisfaction which is represented by particular social actions that can lead the people to open and bleed conflicts. An example of real ethnical conflict occurred in the ex-United of Yugoslavia, where a business of an ethic causing destruction to other ethnic and consequently led to the ruin of the country.
Higher Order Thinking in the Content Knowledge of History Lesson in Malaysia Dahalan, Shakila Che; Ahmad, Abdul Razak; Seman, Ahmad Ali
Historia: Jurnal Pendidik dan Peneliti Sejarah Vol 3, No 2 (2020): Pembelajaran Sejarah dan Kearifan Lokal
Publisher : Prodi. Pendidikan Sejarah FPIPS UPI dan APPS (Asosiasi peneliti dan Pendidik Sejarah)

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (158.073 KB) | DOI: 10.17509/historia.v3i2.23560

Abstract

This study investigating student’s achievement on the higher order thinking content knowledge in history lesson. A total of 200 upper secondary school students were given 40 objectives questions on higher order thinking content knowledge. The higher order thinking content knowledge was analysis using SPSS 24.0. The results showed that student’s application (f=54.8, %=75.1), analysis (f=40.8, %=55.9) and evaluation (f=40.2, %=55.0). The findings indicate that student’s achievement on the higher order thinking content knowledge (application, analysis and evaluation) in medium level. Therefore, the findings highlight the important of teacher in improving their pedagogy of teaching and  change their focusing to higher order thinking in history education.