Noor Afizah Binti Atan, Noor Afizah Binti
Unknown Affiliation

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA HOTEL DAN KATERING: KAJIAN KES Atan, Noor Afizah Binti; Zakaria, Mohd Amin Bin; Sabidin, Farhana Binti
THE Journal : Tourism and Hospitality Essentials Journal Vol 5, No 2 (2015)
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.17509/thej.v5i2.2005

Abstract

Dunia transformasi kini mengkehendaki setiap graduan memiliki pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka bersaingan dalam pasaran global. Justeru setiap graduan perlu mempersiapkan diri dengan satu lagi nilai tambah iaitu kemahiran generik dalam usaha untuk memenuhi kehendak industri. Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada dalam diri sesaorang sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. Oleh yang demikian kajian ini memfokuskan tentang tahap kesediaan kemahiran generik pelajar khususnya semester akhir Diploma Hotel Dan Katering sesi Disember 2010 di Politeknik Johor Bahru. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan reponden memiliki tahap kemahiran generik yang tinggi terhadap tiga daripada empat kemahiran generik yang dikaji.
PROGRAM SANGKUTAN INDUSTRI PENSYARAH DIKALANGAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI Sukadi, Wido Mes Wati Binti; Atan, Noor Afizah Binti; Abdul Rahim, Rahimawati Binti
THE Journal : Tourism and Hospitality Essentials Journal Vol 5, No 2 (2015)
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.17509/thej.v5i2.2006

Abstract

Tenaga pengajar institusi pendidikan perlu menguasai kemahiran teori dan amali untuk melahirkan graduan-graduan yang menepati kehendak industri. Tenaga pengajar politeknik digalakkan mengikuti latihan di industri agar segala perubahan teknologi dan perkembangan pesat industri dapat diikuti. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan PPPT Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti terhadap program sangkutan industri pensyarah (SIP) dan hubungannya dengan tempoh mereka berkhidmat. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat faktor-faktor PPPT tidak memohon program SIP. Responden adalah terdiri daripada 43 orang PPPT Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Johor Bahru. Data–data dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences Version 11.5 (SPSS). Dapatan kajian ini mendapati tahap pengetahuan PPPT terhadap program SIP berada di tahap sederhana dengan skor min 2.98. Ujian Oneway ANOVA menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan diantara tempoh berkhidmat dengan tahap pengetahuan terhadap program SIP. Dapatan kajian juga mendapati faktor utama yang menyebabkan PPPT tidak memohon SIP adalah kerana bebanan tugas di jabatan yang banyak. 5 orang PPPT yang telah menjalani program SIP berpendapat program ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan. Kesimpulan dalam kajian ini, walaupun tahap pengetahuan PPPT terhadap program SIP adalah sederhana, namun pandangan mereka terhadap program SIP adalah program ini amat perlu dan penting dalam meningkatkan lagi kecekapan dan kebolehan tenaga pengajar yang mana secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti graduan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik.