Amat Tarop bin Sumo
IPG Kampus Ilmu Khas

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Evaluation of the Implementation of Curriculum for Teaching Elementary School Malay Language Skills to Malay Language Teacher Students at the Teacher Education Institute (IPG) Amat Tarop bin Sumo
Journal Civics and Social Studies Vol 7, No 1 (2023): Vol 7 no 1 Tahun 2023
Publisher : Institut Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.31980/civicos.v7i1.2240

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kurikulum Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam kalangan siswa guru elektif teras Bahasa Melayu di IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kajian ini akan menilai keberkesanan kurikulum ini kepada siswa guru bukan opsyen yang mengambil elektif teras Bahasa Melayu sebagai subjek minor. Model Penilaian Stufflebeam 1971 iaitu Context-Input-Process-Product (CIPP) telah digunakan dalam kajian ini. Keberkesanan kurikulum ini terhadap siswa guru akan dilihat dalam dimensi konteks, input, proses dan produk.  Kaedah kuantitatif  dengan menggunakan tinjauan soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data daripada siswa guru. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik daripada 119 orang siswa guru. Analisis data menggunakan perisian IBM SPSS versi 26.0. Dapatan deskriptif menunjukkan beberapa aspek konteks, input, proses dan produk adalah baik. Melalui kajian ini didapati bahawa kurikulum Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah amat memberi kesan yang positif  kepada siswa guru berdasarkan keempat-empat dimensi  Aspek-aspek seperti hasil pembelajaran dan isi kandungan kurikulum, sumber fizikal, sumber manusia, dan pentaksiran didapati memberi kesan yang positif kepada siswa guru yang mengambil kursus. Keberkesanan kurikulum ini terhadap siswa guru elektif teras Bahasa Melayu menjadi pemangkin untuk melahirkan siswa guru yang berpengetahuan luas berkenaan Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.