This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Budaya dan Strategi Membaca dalam Pembentukan Karakter Guru di Brunei Darussalam Othman, Yahya bin; Sulaiman, Wan Mat bin
SOSIOHUMANIKA Vol 4, No 2 (2011)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Membaca, dalam konteks pendidikan, adalah faktor penentu kepada keupayaan untuk berjaya. Guru sebagai pembawa obor ilmu dan contoh ikutan sewajarnya perlu berada dalam lingkungan pembaca yang berkesan. Namun untuk meletakkan budaya membaca sebagai pembinaan karakter, guru sedikit tergugat akibat faktor peribadi dan persekitaran profesional yang semakin mencabar. Oleh itu, kajian ini meneliti keupayaan guru untuk memiliki budaya dan strategi membaca yang sesuai dengan pembentukan karakter guru sebagai penyebar ilmu. Kajian dijalankan  secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel terdiri dari 186 guru Sekolah Rendah dan Menengah di Brunei Darussalam. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa tahap membaca guru pada tahap tinggi dan sederhana. Sampel yang tempoh mengajar di bawah 10 tahun memiliki budaya membaca yang tinggi berbanding sampel lain. Sampel perempuan pula menunjukkan budaya membaca tinggi berbanding sampel lelaki. Min bagi tujuan membaca untuk mendapatkan maklumat adalah tinggi. Dari segi strategi membaca, sampel menggunakan strategi membaca yang pelbagai dan mereka sedar akan kepentingan strategi semasa membaca.Kata-kata kunci: Budaya dan strategi membaca, pembinaan karakter, dan guru Sekolah Rendah dan Menengah di Brunei Darussalam.  About the Authors: Dr. Yahya bin Othman dan Dr. Wan Mat bin Sulaiman ialah Pensyarah  Kumpulan Akademik Pendidikan Bahasa dan Literasi, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UBD (Universiti Brunei Darussalam), Bandar Seri Begawan, Negara Brunei. Alamat emel mereka adalah: yahya.othman@ubd.edu.bn dan wan.sulaiman@ubd.edu.bnHow to cite this article? Othman, Yahya bin & Wan Mat bin Sulaiman. (2011). “Budaya dan Strategi Membaca dalam Pembentukan Karakter Guru di Brunei Darussalam” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.2 [November], pp.301-312. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 16, 2011); Revised (October 17, 2011); and Published (November 20, 2011).   Â