SOSIOHUMANIKA
Vol 4, No 2 (2011)

Budaya dan Strategi Membaca dalam Pembentukan Karakter Guru di Brunei Darussalam

Othman, Yahya bin (Unknown)
Sulaiman, Wan Mat bin (Unknown)



Article Info

Publish Date
06 Apr 2016

Abstract

ABSTRAK: Membaca, dalam konteks pendidikan, adalah faktor penentu kepada keupayaan untuk berjaya. Guru sebagai pembawa obor ilmu dan contoh ikutan sewajarnya perlu berada dalam lingkungan pembaca yang berkesan. Namun untuk meletakkan budaya membaca sebagai pembinaan karakter, guru sedikit tergugat akibat faktor peribadi dan persekitaran profesional yang semakin mencabar. Oleh itu, kajian ini meneliti keupayaan guru untuk memiliki budaya dan strategi membaca yang sesuai dengan pembentukan karakter guru sebagai penyebar ilmu. Kajian dijalankan  secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Sampel terdiri dari 186 guru Sekolah Rendah dan Menengah di Brunei Darussalam. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa tahap membaca guru pada tahap tinggi dan sederhana. Sampel yang tempoh mengajar di bawah 10 tahun memiliki budaya membaca yang tinggi berbanding sampel lain. Sampel perempuan pula menunjukkan budaya membaca tinggi berbanding sampel lelaki. Min bagi tujuan membaca untuk mendapatkan maklumat adalah tinggi. Dari segi strategi membaca, sampel menggunakan strategi membaca yang pelbagai dan mereka sedar akan kepentingan strategi semasa membaca.Kata-kata kunci: Budaya dan strategi membaca, pembinaan karakter, dan guru Sekolah Rendah dan Menengah di Brunei Darussalam.  About the Authors: Dr. Yahya bin Othman dan Dr. Wan Mat bin Sulaiman ialah Pensyarah  Kumpulan Akademik Pendidikan Bahasa dan Literasi, Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah UBD (Universiti Brunei Darussalam), Bandar Seri Begawan, Negara Brunei. Alamat emel mereka adalah: yahya.othman@ubd.edu.bn dan wan.sulaiman@ubd.edu.bnHow to cite this article? Othman, Yahya bin & Wan Mat bin Sulaiman. (2011). “Budaya dan Strategi Membaca dalam Pembentukan Karakter Guru di Brunei Darussalam” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.2 [November], pp.301-312. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 16, 2011); Revised (October 17, 2011); and Published (November 20, 2011).    

Copyrights © 2011






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...