This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Che Man, Siti Hajar
ASPENSI in Bandung, Indonesia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina Che Man, Siti Hajar; Abd Razak, Ratna Roshida
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan satu kursus wajib yang perlu diikuti oleh setiap pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kursus ini, antara lain, bertujuan untuk mempelajari dan memahami bagaimana tamadun-tamadun besar dunia terbina. Hal ini penting agar tamadun Malaysia yang bakal dibina oleh rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dapat menggambil kira resipi yang ada dalam setiap tamadun besar yang dimiliki mereka, seperti tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India, dan tamadun Cina. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada tamadun Cina. Sebagai salah sebuah tamadun awal dunia, tamadun Cina telah memperlihatkan perkembangan dalam tiga aspek penting ketamadunannya, iaitu corak pemikiran, perkembangan sains dan teknologi, juga sosio-budaya khususnya mencakupi bidang kesusasteraan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini cuba melihat sejauh manakah pengisian, pengaruh, dan kerelevanan tamadun Cina dalam genre sastera dapat dimanfaatkan dalam usaha menjana pembinaan tamadun Malaysia. Pada masa yang sama, gabungan dua tamadun ini akan mengukuhkan lagi jalinan hubungan antara Cina dan Malaysia. Kata-kata kunci: Tamadun Islam dan tamadun Asia, tamadun Cina, tamadun Malaysia, kesusasteraan dan sejarah, serta pembinaan negara-bangsa.   About the Authors: Prof. Madya Dr. Siti Hajar Che Man ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sastera, Pusat Pengajian Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia; manakala Dr. Ratna Roshida Abd Razak ialah Pensyarah dan Pengetua Jabatan Filsafat dan Tamadun di Pusat Pengajian Kemanusiaan USM. Bagi urusan sebarang akademik, mereka dapat dihubungi dengan alamat mele: shajar@usm.my dan ratna@usm.myHow to cite this article? Che Man, Siti Hajar & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). “Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.49-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 7, 2012); Revised (April 9, 2012); and Published (May 20, 2012).   Â