SOSIOHUMANIKA
Vol 5, No 1 (2012)

Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina

Che Man, Siti Hajar (Unknown)
Abd Razak, Ratna Roshida (Unknown)



Article Info

Publish Date
06 Apr 2016

Abstract

ABSTRAK: Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan satu kursus wajib yang perlu diikuti oleh setiap pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kursus ini, antara lain, bertujuan untuk mempelajari dan memahami bagaimana tamadun-tamadun besar dunia terbina. Hal ini penting agar tamadun Malaysia yang bakal dibina oleh rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dapat menggambil kira resipi yang ada dalam setiap tamadun besar yang dimiliki mereka, seperti tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India, dan tamadun Cina. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada tamadun Cina. Sebagai salah sebuah tamadun awal dunia, tamadun Cina telah memperlihatkan perkembangan dalam tiga aspek penting ketamadunannya, iaitu corak pemikiran, perkembangan sains dan teknologi, juga sosio-budaya khususnya mencakupi bidang kesusasteraan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini cuba melihat sejauh manakah pengisian, pengaruh, dan kerelevanan tamadun Cina dalam genre sastera dapat dimanfaatkan dalam usaha menjana pembinaan tamadun Malaysia. Pada masa yang sama, gabungan dua tamadun ini akan mengukuhkan lagi jalinan hubungan antara Cina dan Malaysia. Kata-kata kunci: Tamadun Islam dan tamadun Asia, tamadun Cina, tamadun Malaysia, kesusasteraan dan sejarah, serta pembinaan negara-bangsa.   About the Authors: Prof. Madya Dr. Siti Hajar Che Man ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sastera, Pusat Pengajian Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia; manakala Dr. Ratna Roshida Abd Razak ialah Pensyarah dan Pengetua Jabatan Filsafat dan Tamadun di Pusat Pengajian Kemanusiaan USM. Bagi urusan sebarang akademik, mereka dapat dihubungi dengan alamat mele: shajar@usm.my dan ratna@usm.myHow to cite this article? Che Man, Siti Hajar & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). “Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.49-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 7, 2012); Revised (April 9, 2012); and Published (May 20, 2012).    

Copyrights © 2012






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...