ABSTRAK: CBS (Culture-Bound Syndromes) adalah satu penyakit yang dipengaruhi oleh budaya serta kejadian yang tidak disangka-sangka, berlaku dalam kalangan etnik, dan kawasan tertentu. Dalam konteks masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia, sindrom ini telah lama wujud dalam masyarakat tersebut. Ramai pengkaji yang mengklasifikasikan amok dan latah sebagai sindrom CBS yang majoritinya berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dan disebabkan oleh faktor budaya, persekitaran, dan biologi. Selain daripada amok dan latah, fenomena bilangan orang Melayu yang menghidap âsakaâ, iaitu sejenis penyakit psikiatri yang berpunca daripada gangguan makhluk halus, persekitaran, biologi, dan keturunan semakin meningkat. Penyakit saka seringkali dihidapi oleh masyarakat Melayu dan boleh diklasifikasikan sebagai salah satu sindrom dalam CBS berdasarkan simptom penyakit tersebut. Ramai pengkaji pula yang mengklasifikasikan âsakaâ dalam kategori CBS berdasarkan faktor keetnikkan dan simptom penyakit ini. Kertas kerja ini akan mengenengahkan penyelidikan tentang rawatan sindrom saka dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan yang menggunakan kaedah rawatan Islam dan âMain Puteriâ berdasarkan kajian etnografi di beberapa kawasan terpilih di Kelantan, Malaysia.Kata-kata kunci: Culture-bound syndromes, masyarakat Melayu di Kelantan, penyakit saka, kaedah Main Puteri, dan rawatan Islam.===About the Authors: Hajjah Wan Aminah Haji Hasbullah ialah Pensyarah Antropologi Perubatan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM (Universiti Sains Malaysia), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia. Manakala Dr. Wan Faizah binti Wan Yusoff ialah Pensyarah Sejarah Sains Perubatan dan Kesihatan di USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, mereka boleh dihubungi dengan alamat emel:Â waminah@kb.usm.my dan faienur@yahoo.comHow to cite this article? Haji Hasbullah, Hajjah Wan Aminah & Wan Faizah binti Wan Yusoff. (2012). âPenyakit Saka sebagai Culture-Bound Syndromes (CBS) dalam Masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia: Kepelbagaian Rawatan Alternatifâ in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.135-146. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 2, 2012); Revised (April 4, 2012); and Published (May 20, 2012). Â Â