SOSIOHUMANIKA
Vol 5, No 1 (2012)

Penyakit Saka sebagai Culture-Bound Syndromes (CBS) dalam Masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia: Kepelbagaian Rawatan Alternatif

Haji Hasbullah, Hajjah Wan Aminah (Unknown)
Yusoff, Wan Faizah binti Wan (Unknown)



Article Info

Publish Date
06 Apr 2016

Abstract

ABSTRAK: CBS (Culture-Bound Syndromes) adalah satu penyakit yang dipengaruhi oleh budaya serta kejadian yang tidak disangka-sangka, berlaku dalam kalangan etnik, dan kawasan tertentu. Dalam konteks masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia, sindrom ini telah lama wujud dalam masyarakat tersebut. Ramai pengkaji yang mengklasifikasikan amok dan latah sebagai sindrom CBS yang majoritinya berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dan disebabkan oleh faktor budaya, persekitaran, dan biologi. Selain daripada amok dan latah, fenomena bilangan orang Melayu yang menghidap ”saka”, iaitu sejenis penyakit psikiatri yang berpunca daripada gangguan makhluk halus, persekitaran, biologi, dan keturunan semakin meningkat. Penyakit saka seringkali dihidapi oleh masyarakat Melayu dan boleh diklasifikasikan sebagai salah satu sindrom dalam CBS berdasarkan simptom penyakit tersebut. Ramai pengkaji pula yang mengklasifikasikan ”saka” dalam kategori CBS berdasarkan faktor keetnikkan dan simptom penyakit ini. Kertas kerja ini akan mengenengahkan penyelidikan tentang rawatan sindrom saka dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan yang menggunakan kaedah rawatan Islam dan ”Main Puteri” berdasarkan kajian etnografi di beberapa kawasan terpilih di Kelantan, Malaysia.Kata-kata kunci: Culture-bound syndromes, masyarakat Melayu di Kelantan, penyakit saka, kaedah Main Puteri, dan rawatan Islam.===About the Authors: Hajjah Wan Aminah Haji Hasbullah ialah Pensyarah Antropologi Perubatan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM (Universiti Sains Malaysia), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia. Manakala Dr. Wan Faizah binti Wan Yusoff ialah Pensyarah Sejarah Sains Perubatan dan Kesihatan di USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, mereka boleh dihubungi dengan alamat emel:  waminah@kb.usm.my dan faienur@yahoo.comHow to cite this article? Haji Hasbullah, Hajjah Wan Aminah & Wan Faizah binti Wan Yusoff. (2012). “Penyakit Saka sebagai Culture-Bound Syndromes (CBS) dalam Masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia: Kepelbagaian Rawatan Alternatif” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.135-146. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 2, 2012); Revised (April 4, 2012); and Published (May 20, 2012).    

Copyrights © 2012






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...