IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan bagi pelajar kejuruteraan awam, elektrik, dan mekanikal di Politeknik Port Dickson (PPD) Negeri Sembilan, Politeknik Kota Bharu (PKB) Kelantan, dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan, yang melibatkan sampel seramai 297 orang pelajar dan 143 orang pensyarah dari ketiga-tiga buah politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian mendapati bahawa tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik berada di tahap sederhana. Didapati bahawa kemahiran etika moral dan profesional merupakan elemen kemahiran insaniah yang paling banyak diaplikasikan dalam kurikulum program kejuruteraan. Berdasarkan ujian ANOVA sehala, terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran insaniah sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di politeknik dengan program kejuruteraan yang diajar oleh pensyarah. Kajian ini mencadangkan satu garis panduan dalam mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik-politeknik di Malaysia.KATA KUNCI: Kemahiran insaniah, proses pengajaran dan pembelajaran, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan politeknik.ABSTRACT: This paper entitled âSoft Skills in Teaching and Learning Process at the Engineering Program in Polytechnic of Malaysiaâ. This study was conducted to identify the level of soft skills apply in engineering programmesâ curriculum for civil, electric, and mechanical engineering students in Polytechnic of Port Dickson (PPD) Negeri Sembilan, Polytechnic of Kota Bharu (PKB) Kelantan, and Polytechnic of Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang. By using descriptive survey, the samples for this study involving 297 numbers of students from the selected polytechnic using questionnaire and interview. Researchers found that there is moderate level of soft skills applied in engineering programmesâ curriculum by using analysis of mean and standard deviation. Profesional and moral etiquette skills is the highest soft skills element that being applied in engineering programmesâ curriculum. By using the one way ANOVA test, there is statistically significantly difference between the levels of soft skills applied in engineering programmesâ curriculum during teaching and learning process in polytechnic and the type of engineering programmes being taught. Researchers suggested a guideline or module being constructed for lecturers to increase the application of soft skills in engineering programmesâ curriculum in polytechnics of Malaysia.KEY WORD: Soft skills, teaching and learning process, civil engineering, mechanical engineering, electrical engineering, and polytechnic.    About the Authors: Prof. Madya Dr. Ahmad Esa, Suhaili Padil, dan Prof. Madya Dr. Asri Selamat ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Taâzim, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: suhaili.padil@gmail.comHow to cite this article? Esa, Ahmad, Suhaili Padil & Asri Selamat. (2013). âKemahiran Insaniah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada Program Kejuruteraan di Politeknik Malaysiaâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(2) December, pp.139-150. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (October 5, 2013); Revised (November 7, 2013); and Published (December 15, 2013).