This Author published in this journals
All Journal ATIKAN
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Kemahiran Insaniah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada Program Kejuruteraan di Politeknik Malaysia Esa, Ahmad; Padil, Suhaili; Selamat, Asri
ATIKAN Vol 3, No 2 (2013)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (148.92 KB)

Abstract

IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan bagi pelajar kejuruteraan awam, elektrik, dan mekanikal di Politeknik Port Dickson (PPD) Negeri Sembilan, Politeknik Kota Bharu (PKB) Kelantan, dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan, yang melibatkan sampel seramai 297 orang pelajar dan 143 orang pensyarah dari ketiga-tiga buah politeknik dengan menggunakan instrumen soal selidik dan temubual. Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian mendapati bahawa tahap aplikasi kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik berada di tahap sederhana. Didapati bahawa kemahiran etika moral dan profesional merupakan elemen kemahiran insaniah yang paling banyak diaplikasikan dalam kurikulum program kejuruteraan. Berdasarkan ujian ANOVA sehala, terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran insaniah sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran di politeknik dengan program kejuruteraan yang diajar oleh pensyarah. Kajian ini mencadangkan satu garis panduan dalam mengaplikasikan kemahiran insaniah dalam kurikulum program kejuruteraan di politeknik-politeknik di Malaysia.KATA KUNCI: Kemahiran insaniah, proses pengajaran dan pembelajaran, kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan politeknik.ABSTRACT: This paper entitled “Soft Skills in Teaching and Learning Process at the Engineering Program in Polytechnic of Malaysia”. This study was conducted to identify the level of soft skills apply in engineering programmes’ curriculum for civil, electric, and mechanical engineering students in Polytechnic of Port Dickson (PPD) Negeri Sembilan, Polytechnic of Kota Bharu (PKB) Kelantan, and Polytechnic of Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang. By using descriptive survey, the samples for this study involving 297 numbers of students from the selected polytechnic using questionnaire and interview. Researchers found that there is moderate level of soft skills applied in engineering programmes’ curriculum by using analysis of mean and standard deviation. Profesional and moral etiquette skills is the highest soft skills element that being applied in engineering programmes’ curriculum. By using the one way ANOVA test, there is statistically significantly difference between the levels of soft skills applied in engineering programmes’ curriculum during teaching and learning process in polytechnic and the type of engineering programmes being taught. Researchers suggested a guideline or module being constructed for lecturers to increase the application of soft skills in engineering programmes’ curriculum in polytechnics of Malaysia.KEY WORD: Soft skills, teaching and learning process, civil engineering, mechanical engineering, electrical engineering, and polytechnic.    About the Authors: Prof. Madya Dr. Ahmad Esa, Suhaili Padil, dan Prof. Madya Dr. Asri Selamat ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: suhaili.padil@gmail.comHow to cite this article? Esa, Ahmad, Suhaili Padil & Asri Selamat. (2013). “Kemahiran Insaniah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran pada Program Kejuruteraan di Politeknik Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(2) December, pp.139-150. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (October 5, 2013); Revised (November 7, 2013); and Published (December 15, 2013).
Pengintegrasian Latihan Vokasional Masakan dan Pendidikan Islam dalam Kalangan Remaja Terlanjur di Pusat Pemulihan Akhlak Remaja Esa, Ahmad; Abd Aziz, Zalina @ Siti Aishah; Mohamad, Nurul Haerani
ATIKAN Vol 4, No 1 (2014)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (329.518 KB)

Abstract

IKHTISAR: Program latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam merupakan salah satu usaha oleh Pusat Pemulihan Akhlak Remaja (PPAR) di Malaysia untuk membantu remaja terlanjur memperoleh kemahiran bagi membolehkan mereka bekerja. Walau bagaimanapun, terdapat PPAR di Malaysia yang kurang berkesan melaksanakan program tersebut, kerana tidak mengintegrasikan latihan kemahiran dan pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pelaksanaan program latihan vokasional masakan, pendidikan Islam, dan pengintegrasian latihan vokasional masakan, serta kesan pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam di enam lokasi PPAR di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrument set borang soal selidik yang melibatkan 158 pelatih sebagai sampel kajian. Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian mendapati bahawa pelatih mempersetujui program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan positif kepada mereka. Kajian ini mencadangkan satu garis panduan yang lengkap dan seragam harus dimurnikan oleh pihak yang terlibat dalam mengaplikasikan program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam.KATA KUNCI: Latihan vokasional masakan, pendidikan Islam, remaja terlanjur, pengintegrasian, panduan lengkap, dan pelatih.ABSTRACT: “Integrating the Cooking Vocational Training and Islamic Education to Help Unplanned Pregnancies Teens in the Youth Reformatory Centre”. Cooking vocational training programs and Islamic education is one of the efforts by the Youth Reformatory Centre in Malaysia to help unplanned pregnancies teens with the skills that enable them to get work. However, there are a few numbers of Youth Reformatory Centre in Malaysia that failed to run this program, because they are not integrating the Islamic education with the vocational training effectively. Therefore, this study was undertaken to see the implementation of cooking vocational training program, Islamic education, the integration of cooking vocational training, and the effect of the integration in six selected locations in Malaysia. Using descriptive survey and questionnaire as an instrument, this study involving 158 trainees from selected centre. Through the analysis of mean and standard deviation, the trainees agree that the program successfully integrating cooking vocational training with Islamic education which also give them a positive impact. This study also suggested a completed and standard guideline to be purified by the organization that involved to implement this program.KEY WORD: Cooking vocational training, Islamic education, unplanned pregnancies teens, integration, completed guideline, and trainees.    About the Authors: Prof. Madya Dr. Ahmad Esa, Zalina @ Siti Aishah Abd Aziz & Nurul Haerani Mohamad ialah Pensyarah Kanan, Pelajar Sarjana, dan Pembantu Penyelidik di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia),  86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Alamat emel: ahmad@uthm.edu.my, zalinaaishah@gmail.com, dan haeranimohamad@gmail.comHow to cite this article? Esa, Ahmad, Zalina @ Siti Aishah Abd Aziz & Nurul Haerani Mohamad. (2014). “Pengintegrasian Latihan Vokasional Masakan dan Pendidikan Islam dalam Kalangan Remaja Terlanjur di Pusat Pemulihan Akhlak Remaja” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol. 4(1) June, pp.47-60. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UNSUR Cianjur, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (May 12, 2014); Revised (June 5, 2014); and Published (June 29, 2014).