IKHTISAR: Program latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam merupakan salah satu usaha oleh Pusat Pemulihan Akhlak Remaja (PPAR) di Malaysia untuk membantu remaja terlanjur memperoleh kemahiran bagi membolehkan mereka bekerja. Walau bagaimanapun, terdapat PPAR di Malaysia yang kurang berkesan melaksanakan program tersebut, kerana tidak mengintegrasikan latihan kemahiran dan pendidikan Islam. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat pelaksanaan program latihan vokasional masakan, pendidikan Islam, dan pengintegrasian latihan vokasional masakan, serta kesan pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam di enam lokasi PPAR di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kajian deskriptif berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrument set borang soal selidik yang melibatkan 158 pelatih sebagai sampel kajian. Melalui analisis skor min dan sisihan piawai, dapatan kajian mendapati bahawa pelatih mempersetujui program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan positif kepada mereka. Kajian ini mencadangkan satu garis panduan yang lengkap dan seragam harus dimurnikan oleh pihak yang terlibat dalam mengaplikasikan program pengintegrasian latihan vokasional masakan dan pendidikan Islam.KATA KUNCI: Latihan vokasional masakan, pendidikan Islam, remaja terlanjur, pengintegrasian, panduan lengkap, dan pelatih.ABSTRACT: âIntegrating the Cooking Vocational Training and Islamic Education to Help Unplanned Pregnancies Teens in the Youth Reformatory Centreâ. Cooking vocational training programs and Islamic education is one of the efforts by the Youth Reformatory Centre in Malaysia to help unplanned pregnancies teens with the skills that enable them to get work. However, there are a few numbers of Youth Reformatory Centre in Malaysia that failed to run this program, because they are not integrating the Islamic education with the vocational training effectively. Therefore, this study was undertaken to see the implementation of cooking vocational training program, Islamic education, the integration of cooking vocational training, and the effect of the integration in six selected locations in Malaysia. Using descriptive survey and questionnaire as an instrument, this study involving 158 trainees from selected centre. Through the analysis of mean and standard deviation, the trainees agree that the program successfully integrating cooking vocational training with Islamic education which also give them a positive impact. This study also suggested a completed and standard guideline to be purified by the organization that involved to implement this program.KEY WORD: Cooking vocational training, Islamic education, unplanned pregnancies teens, integration, completed guideline, and trainees.    About the Authors: Prof. Madya Dr. Ahmad Esa, Zalina @ Siti Aishah Abd Aziz & Nurul Haerani Mohamad ialah Pensyarah Kanan, Pelajar Sarjana, dan Pembantu Penyelidik di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia),  86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Taâzim, Malaysia. Alamat emel: ahmad@uthm.edu.my, zalinaaishah@gmail.com, dan haeranimohamad@gmail.comHow to cite this article? Esa, Ahmad, Zalina @ Siti Aishah Abd Aziz & Nurul Haerani Mohamad. (2014). âPengintegrasian Latihan Vokasional Masakan dan Pendidikan Islam dalam Kalangan Remaja Terlanjur di Pusat Pemulihan Akhlak Remajaâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol. 4(1) June, pp.47-60. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UNSUR Cianjur, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (May 12, 2014); Revised (June 5, 2014); and Published (June 29, 2014).