Mohd Nor, Siti Norlela
Unknown Affiliation

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman dalam Menangani Cabaran Keibubapaan Anak Istimewa: Satu Kajian Kualitatif di Pulau Pinang, Malaysia Mohd Nor, Siti Norlela; Azman, Azlinda; Jamir Singh, Paramjit Singh
Asian Social Work Journal Vol 10 No 3 (2025)
Publisher : Asian Social Work Journal

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.47405/aswj.v10i3.347

Abstract

Artikel ini meneroka bagaimana ibu bapa anak kurang upaya pembelajaran memperoleh kemahiran penjagaan melalui pembelajaran berasaskan pengalaman. Kajian ini menggunakan teori pembelajaran berasaskan pengalaman, iaitu mengkaji bagaimana ibu bapa meningkatkan kecekapan melalui pembelajaran melalui pengalaman, refleksi, interaksi bersama profesional dan kumpulan rakan sebaya. Pendekatan kualitatif digunakan serta data di kumpul secara temu bual mendalam bersama 28 ibu dan bapa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di sekitar Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini mengetengahkan ibu bapa belajar berdasarkan pendekatan "belajar secara spontan" serta beradaptasi dengan perubahan seterusnya mengatasi cabaran emosi, perubatan dan pendidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan pengalaman merupakan proses berulang yang berterusan yang meningkatkan kebolehsuaian, penyelesaian masalah dan kemahiran advokasi ibu bapa. Dapatan kajian ini memberikan pandangan tentang bagaimana ahli profesional boleh memudahkan pembelajaran penjagaan anak berasaskan pengalaman dengan menyediakan maklum balas, sumber dan peluang masa nyata untuk pembelajaran reflektif.
Meneroka Kesediaan Ibu Bapa dalam Menjaga Anak Kurang Upaya Pembelajaran : Satu Kajian Kualitatif di Pulau Pinang Mohd Nor, Siti Norlela; Azman, Azlinda; Jamir Singh, Paramjit Singh
Asian Social Work Journal Vol 10 No 3 (2025)
Publisher : Asian Social Work Journal

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.47405/aswj.v10i3.349

Abstract

Kajian ini meneroka kesediaan ibu bapa menjaga anak kurang upaya pembelajaran di Pulau Pinang, Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk kualitatif, 28 ibu dan bapa telah dipilih daripada Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) di sekitar Pulau Pinang. Temu bual separa berstruktur telah dijalankan untuk mengenal pasti pengalaman peribadi, emosi dan strategi daya tindak ibu bapa. Data di analisis menggunakan analisis tematik. Empat tema yang dikena pasti antaranya persediaan emosi, pemerkasaan maklumat, rangkaian sokongan sosial serta advokasi dan proses membuat keputusan. Penemuan menunjukkan bahawa kesediaan ibu bapa merupakan proses dinamik yang dibentuk oleh dimensi emosi, maklumat, sosial dan advokasi. Implikasi amalan kerja sosial di Malaysia termasuklah penyediaan kaunseling, maklumat, rangkaian komuniti dan sokongan advokasi.