Teknik Al-Baghdadi merupakan sebahagian daripada kepelbagaian cara P&P yang tercetusdaripada perkembangan semasa pendidikan al-Quran di mana keperluannya menurut pengasasbegitu memberi impak jauh lebih berkesan pada majoriti besar pelajar yang masih belum bolehmembaca al-Quran. Modul pembelajaran yang disusun oleh pengasas lengkap dan memenuhikeperluan pembelajaran seperti yang mendapat perhatian dalam pelbagai cabang kajianberkenaan masalah pendidikan. Salah satunya adalah pendekatan 5 Domain yang diterapkandalam Al-Baghdadi Playtime. Teknik Al-Baghdadi memudahkan pengajaran guru kerana bolehdiaplikasikan dalam bentuk kelas melibatkan keseluruhan pelajar dan masa yang diperuntukkan,silibusnya yang merentas kurikulum sehingga membolehkan pelajar mengenal lebih daripadasatu bentuk bacaan walaupun masih berada pada pelajaran pertama, pelajaran yang padat danmenggunakan sistem SAS yang terbukti berkesan, Teknik yang bertindak mendisiplinkan bacaandan sekaligus merangsang kemahiran dan tumpuan sepenuhnya, sukatan pelajaran yang lenturterhadap semua peringkat umur (dibuktikan melalui kelas-kelas yang dijalankan di seluruhMalaysia dan testimoni lebih 8000 peserta kursus yang pernah menghadiri program Al BaghdadiMethod Sdn. Bhd.) dan melahirkan pelajar yang bukan sahaja belajar namun bolehmengajarkannya kepada orang lain kerana sukatan dan tekniknya yang mudah untuk difahami.
Copyrights © 2017