Jurnal Studi Manajemen dan Bisnis
Vol 6, No 1 (2019): Juni

Taksiran Zakat di Malaysia: Isu dan Cadangan Solusi

Norafzan Awang (University College Bestari)
Mohd Rizal Abu Bakar (University College Bestari)
Wan Syukry Wan Drani (University College Bestari)
Zahri Hamat (University College Bestari)



Article Info

Publish Date
05 Feb 2020

Abstract

Di Malaysia, segala urusan yang berkaitan dengan zakat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing. Oleh sebab itu, kepelbagaian kaedah taksiran zakat kekayaan yang diamalkan di negeri-negeri di Malaysia sukar dielakkan. Kertas ini bertujuan untuk membincangkan dua perkara. Pertama, membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan taksiran zakat pendapatan dan zakat saham. Kedua, mencadangkan solusi terhadap isu-isu yang terdapat dalam taksiran zakat kekayaan tersebut. Dengan menggunakan analisis kandungan terhadap data sekunder, dapatan kajian mempamerkan bahawa setelah mengambil kira faktor semasa dan setempat, maka manfaat berupa barangan adalah sebahagian daripada pendapatan yang diwajibkan zakat. Sementara bagi zakat saham, kaedah taksiran zakatnya adalah ditentukan oleh niat dan tindakan seseorang sama ada sebagai pelabur ataupun sebagai pedagang. 

Copyrights © 2019






Journal Info

Abbrev

jsmb

Publisher

Subject

Decision Sciences, Operations Research & Management Economics, Econometrics & Finance Social Sciences

Description

Jurnal Studi Manajemen Dan Bisnis (JSMB) ISSN: 2460-3775 (Online) dan ISSN: 2355-9543 (Print) administered by the Master of Management Faculty of Economics and Business, University of Trunojoyo Madura. This journal is here to accommodate innovative thinking of academics, researchers and ...