Tamaddun : Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan
Vol 22 No 1 (2021): Tamaddun Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan

PENYUSUAN SUSU IBU SEBAGAI MEDIUM PENYELESAIAN PERMASALAHAN PENGAMBILAN ANAK ANGKAT DI MALAYSIA

Normadiah binti Daud (Universiti Sultan Zainal Abidin)



Article Info

Publish Date
21 Dec 2020

Abstract

Seramai 6,259 orang anak angkat telah didaftarkan di seluruh Malaysia sejak tahun2010. Ia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian telah membuktikan pasangan Melayuyang beragama Islam adalah golongan yang paling ramai mengambil anak angkat.Persoalannya bagaimanakah keluarga angkat yang beragama Islam ini mampu menjaga batasbatas pergaulan mereka dengan anak tersebut terutamanya apabila anak tersebut meningkatbalig? Perkara ini telah menjadi barah dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini. Justru itu,kajian ini dilakukan untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebutberdasarkan kepada pengamalan ibu susuan yang pernah dilakukan pada zaman Rasul SAW.Di samping itu kajian ini juga memuatkan syarat-syarat pengambilan anak angkat di Malaysiadan syarat-syarat untuk menjadi ibu susuan menurut Islam. Dengan cara ini pasangan yangtidak mempunyai anak akan mendapat anak angkat dan pada masa yang sama tuntutan syariatjuga dapat dipelihara. Metode kajian ini ialah keperpustakaan dan keseluruhan fakta adalahberteraskan kepada kitab fiqh, sirah, tafsir dan hadis. Hasilnya, ternyata pengamalan ibu susuandalam pelbagai cara yang dibenarkan oleh syarak dan berteraskan kepada apa yang pernahdilakukan oleh Rasul SAW mampu menyelamatkan masyarakat daripada melakukan dosa dirumah sendiri dan menjaga keutuhan masyarakat muslim dengan batas-batas pergaulan yangtelah digariskan dalam Islam.

Copyrights © 2021






Journal Info

Abbrev

tamaddun

Publisher

Subject

Humanities Education Social Sciences Other

Description

Jurnal ini bernama Tamaddun yang artinya (peradaban, kebudayaan, kemajuan) diterbitkan oleh Program Studi Pendidikan Agama Islam Fakultas Agama Islam Universitas Muhammadiyah Gresik, terbit 2 (dua) kali dalam setahun pada bulan Juli dan Januari. Tujuan dari jurnal ini adalah memfasilitasi para ...