Proceedings of The ICECRS
Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges

Penilaian M-Pembelajaran dalam Sistem Pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (Ipg) Melalui Technology, Usability and Pedagogy Model (Tup)

Muhammad Fariduddin Wajdi Anthony (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang)
Azidah Abu Ziden (Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang)
Muhammad Nidzam Yaakob (Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman)
Syed Khalid Syed Idrus (Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman)
Saifudin Azam Shah Ahmad (Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah Darul Aman)



Article Info

Publish Date
21 Nov 2019

Abstract

M-Pembelajaran merupakan satu langkah ke hadapan dalam perkembangan pembelajaran elektronik e-Learning. Perkembangan dalam teknologi mobile telah mengubah cara manusia belajar. Pembelajaran tidak terhad dalam bilik kuliah semata-mata tetapi boleh berlaku melangkaui sempadan bilik kuliah serta proses pembelajaran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Inovasi dalam m-Pembelajaran membawa kepada perubahan paradigma dalam pendidikan teknologi mobile yang dipercayai mempunyai potensi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tujuan kajian ini adalah untuk membuat penilaian berkenaan penggunaan Technology, Usability and Pedagogy Model (TUP) untuk meningkatkan kefahaman terhadap penilaian m-Pembelajaran khususnya dalam penggunaan aplikasi pendidikan dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan instrumen temu bual struktur berdasarkan model TUP. Instrumen dalam fasa ini disemak oleh tiga orang panel pakar bahagian pembinaan instrumen. Manakala keesahan temu bual juga melibatkan kesahan dalaman atau internal validity yang melibatkan kesahan kriteria (criteria validity) dan semakan rentas (cross checking). Seramai 12 responden yang terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar (IPG). Tatatcara menganalisis data dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu teknologi, kepenggunaan dan pedagogi semasa proses temu bual dijalankan. Hasil dapatan temu bual dengan pelajar dari aspek teknologi menunjukkan bahawa pelajar menyatakan kemudahan yang disediakan untuk pelaksanaan PdPc dalam model adalah mencukupi. Aspek kepenggunaan model menunjukkan bahawa responden merasakan pedagogi secara mobile sangat menarik. Manakala aktiviti pembelajaran secara keseluruhan dalam model ini adalah menarik dari aspek pedagogi dalam model. Berdasarkan dapatan, kajian ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para pensyarah dan pelajar, malah sebagai rujukan kepada sistem pendidikan di Institut Pendidikan Guru dalam mentransformasikan pendidikan melalui kolaborasi dengan teknologi mobile dalam pembelajaran terkini.

Copyrights © 2019






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...