Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

PENGUKUHAN AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH (ASWJ) DALAM PENDIDIKAN ISLAM KE ARAH MENANGANI GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA

Mardzelah Makhsin (Universiti Utara Malaysia)
Nurulwahida Hj Azid Aziz (Universiti Utara Malaysia)
Mohd Aderi Che Noh (Universiti Utara Malaysia)
Mohamad Fadhli Ilias (Universiti Utara Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Polemik antara Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dengan golongan Syiah menjadi suatu isu kajian ini disebabkan perselisihan faham tentang amalan dalam mazhab boleh menyebabkan persengketaan yang menjadi punca perpecahan yang akan mengheret kepada permusuhan sehingga menimbulkan kucar kacir kepada negara. Justeru pengukuhan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dalam masyarakat Islam di Malaysia amat penting dalam usaha menangani penyebaran Syiah yang membawa kepada konflik dan persengketaan. Justeru kajian pembentukan Model Penghayatan Pendidikan Islam dan Strategi Pengukuhan Akidah diketengahkan sebagai usaha penyatuan umat Islam menerusi kefahaman dan pegangan kepada murid-murid tentang amalan yang berasaskan kepada mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ). Kajian ini melibatkan 700 orang responden kajian yang terdiri daripada Pelajar Menegah Atas di tujuh buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Hasil kajian menunjukkan Pendidikan Akidah Dalam Pendidikan di Malaysia perrlu diberi penekanan sejak dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Hasil kajian ini penting dalam memastikan perpaduan umat Islam di Malaysia berasaskan kepada suatu fahaman agar tidak wujud pertikaian yang boleh mendorong kepada permusuhan yang mencetuskan peperangan dalam kalangan umat Islam sendiri seperti yang berlaku di Pakistan dan Iran.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...